Aneh, INSPIRASI, Ria

Menyamar sebagai wanita untuk menangkap penjenayah, keberanian polis lelaki Thailand bukan sahaja mendapat pujian malah kecantikannya juga membuatkan semua orang terkejut!

Menyamar sebagai wanita untuk menangkap penjenayah, keberanian polis lelaki Thailand bukan sahaja mendapat pujian malah kecantikannya juga membuatkan semua orang terkejut!

Walaupun kita selalu melihat ‘lelaki menyamar sebagai wanita’ dan ‘wanita menyamar sebagai lelaki’ dalam filem, namun tidak pernah terlintas di fikiran bahawa kita akan melihat peristiwa seperti ini dalam dunia nyata.

Tidak lama dahulu, di Wilayah Nonthaburi, Thailand terdapat beberapa insiden wanita dirompak dan dicederakan, polis mahu menangkap penjenayah ini dan memberitahu salah seorang pegawai mereka supaya menyamar sebagai seorang perempuan.

Jangan fikir ini ialah idea tidak masuk akal kerana terbukti penjenayah itu sendiri tertipu dan berjaya diberkas polis.

Menurut laporan, hanya dalam masa tiga hari, enam orang wanita telah dirompak dan dicederakan di daerah Nonthaburi. Polis tempatan menyiasat kes ini dan memutuskan untuk menghantar seorang pegawai polis yang menyamar menjadi seorang perempuan.

Pegawai polis ini memakai pakaian wanita (baju gaun), rambut palsu dan menyolek wajahnya (dengan gincu bibir, celak mata dan pemerah pipi) dan berjaga di tempat kejadian berlaku.

Sekali pandang, memang kita dapat mengecam dengan cepat bahawa ini ialah suatu penyamaran. Tetapi penjenayah ini seperti pelakon utama. Dia tidak dapat membezakan antara penyamaran dengan asli dan dia tertipu dengan lakonan polis ini.

Polis melihat rakaman cctv dan mendapati terdapat dua orang penunggang motosikal pergi ke kawasan itu untuk mencari mangsa. Apabila penjenayah ini berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena mereka bergerak untuk melarikan diri.

Namun begitu, di atas kecekapan polis bertindak mengambil plat nombor motosikal lebih awal, akhirnya polis berjaya memberkas penjenayah ini.

Penjenayah ini terdiri daripada dua orang lelaki berumur 17 tahun dan 18 tahun. Mereka yang juga terlibat dengan beberapa kesalahan lain seperti merompak, menjual dadah dan mencederakan mangsa telah dihantar ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

Semasa menyelesaikan kes itu, penghargaan besar telah diberikan kepada polis yang telah menyamar sebagai seorang wanita.

Ketika ditemubual, dia mengatakan ilham itu datangnya daripada anak perempuannya yang cantik. Anak perempuannya yang telah memberi galakan kepadanya untuk menggunakan teknik penyamaran ini untuk menyelesaikan kes jenayah.

Teknik penyamaran ini menjadi suatu kebimbangan kepada beberapa orang yang prihatin dengan tanggungjawab polis kerana mereka lebih terdedah kepada bahaya.

Jika tersilap langkah ia akan menyukarkan keadaan. Polis tempatan juga mengatakan mereka akan meningkatkan tahap keselamatan dan tidak boleh kerap menggunakan teknik penyamaran.

Dalam pada itu netizen sempat lagi bergurau dengan bertanyakan satu soalan kepada polis itu, ‘adakah anak anda masih belum berpunya?’

Oleh itu sebagai orang awam, kita juga mestilah menjalankan peranan kita dalam membantu pihak berkuasa seperti polis dalam usaha membanteras jenayah. Bukan dengan bertindak melulu sebaliknya kongsi maklumat yang benar kepada mereka.

Dengan adanya bantuan daripada kita semua ianya dapat membantu polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang lebih cekap.

Era Baru

Kategori:Aneh INSPIRASI Ria

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...