Aneh, Galeri Foto, HIBURAN, INSPIRASI

Mengagumkan! Kumbang hitam yang suka melukis

Mengagumkan! Kumbang hitam yang suka melukis

Kumbang hitam jantan ini diberi nama Spike. Ternyata ia sungguh istimewa. Ia tinggal di Jepun bersama tuannya yang merupakan seorang guru bahasa Inggeris bernama Mandy.

Untuk pengetahuan anda, di Jepun, kumbang hitam ini sungguh digemari oleh kanak-kanak untuk dibela dan dijadikan haiwan peliharaan. Mandy mula berminat untuk membela kumbgan ini selepas melihat kumbang tersebut dijual pada satu festival.

Beliau membela Spike pada 6 bulan yang lalu dan kini beliau telah membela sebanyak 3 ekor kumbang yang dinamakan Sally, Julius, dan Cleo.

Pada suatu hari Isnin, Mandy sedang bermaind dengan Spike dan beliau mendapati bahawa Spike mampu memegang sesuatu melalui tulang rahang bahagian bawah yang dibuka.

Instagram: @spikethebeetle

Setelah itu, lahirlah ‘seniman’ yang agung………

twitter

“Spike kadang kala akan mencengkam apa sahaja yang dipegang rahangnya termasuklah jari saya jika saya tidak berhati-hati”, kata Mandy.

“Suatu malam, saya ada merakamkan gambarnya yang sedang memegang beberapa barangan seperti perkakas dapur dan juga pen marker. Spike akan menggerakkannya di atas permukaan kertas menyebabkan saya merakamkan gambar hasil ‘lukisan’ Spike tersebut”, tambah Mandy.

Mandy mengepos gambar hasil seni Spike di Twitter dan ia mendapat sambutan hangat para pengguna Twitter.

Mandy berkata respon yang diberikan sangat luar biasa kerana ia hanya berniat ingin berkongsi gambar tersebut dengan rakannya.

Selepas mencecah 60,000 retweet, beliau menetapkan akaunnya ke mod peribadi dan mencipta akaun khas untuk Spike.

Sejak itu, Spike telah menjadi buah hati di laman Twitter pengikut setianya. Mandy juga ada berkongsi gambar dan video proses artistik yang dihasilkan oleh kumbang kesayangannya.


Ia sangat sukakan pisang……..

A post shared by Spike the Beetle (@spikethebeetle) on


Stamina fizikalnya yang kuat……


Kemahiran kulinari………

Orang ramai benar-benar sukakannya…..

Ia turut menginspirasi ‘fan art’

twitter

twitter

twitter

Selepas mendapat permintaan tinggi daripada peminatnya, Mandy memutuskan untuk melelong salah satu daripada hasil seni Spike di laman  Ebay. Lebihd daripada 40 orang yang berminat telah membidanya dengan jumlah bidaan melebihi RM560.

twitter

“Saya rasa lelongan ini sangat menyeronokkan kerana ia menunjukkan kepada saya nilai sebenar hasil lukisan seekor kumbang. Saya tidak tahu mengapa ramai orang berminat untuk mendapatkan lukisannya”, jelas Mandy.

Beliau turut menjual butang bertulis “I Like Spike” dengan nota ‘terima kasih’ tulisan seniman itu sendiri.

Mandy berkata bahawa beliau akan mendermakan sebanyak 15% daripada hasil lelongan tersebut kepada of People’s Trust for Endangered Species, di mana ia bertanggungjawab untuk memelihara habitat spesies kumbang hitam di United Kingdom.

Manakala selebihnya akan digunakan untuk bekalan makanan dan peralatan yang diperlukan oleh kumbang yang dibela oleh Mandy selain digunakan untuk membuka kedai dalam talian Spike.

Mandy sungguh gembira kerana orang ramai menyayangi Spike seperti mana sayangnya kepada Spike.

twitter

“Saya sangat sukakan Spike, tetapi sebenarnya saya hanya berniat untuk berkongsi gambar Spike dengan rakan terdekat sahaja. Melihat penerimaan orang ramai terhadap Spike juga sangat mengharukan”, jelas Mandy.

Beliau juga sering menerima mesej daripada orang yang takut akan kumbang tetapi Spike telah membantu mereka untuk mengatasi ketakutan mereka. Ia ternyata menggembirakan Mandy yang menganggap kumbang adalah makhluk yang comel.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...