Asia, GAYA HIDUP, Kebudayaan

Menarik! Sebab orang Korea gunakan penyepit logam

Menarik! Sebab orang Korea gunakan penyepit logam

Logam merupakan elemen konduktor yang baik terhadap haba. Seperti yang kita ketahui, sup tauhu Korea sememangnya panas menggelegak. Jadi, mengapa agaknya orang Korea memilih untuk menggunakan penyepit makanan daripada logam?

Penyepit makanan logam di Korea lebih dikenali sebagai “cheot-garak”, di mana ia diperbuat daripada logam yang lebih rata dan bentuknya lebih persegi berbanding dengan penyepit negara Asia yang lain. Penyepit Korea juga berada di tengah-tengah antara penyepit Jepun yang pendek dan penyepit yang lebih panjang di China.

Merujuk kepada Gastro Tour Seoul, penyepit logam kini lazimnya diperbuat daripada keluli. Menurut sejarah, golongan atasan akan menggunakan penyepit yang diperbuat daripada emas, perak dan tembaga dalam sesuatu acara khas.

Mengikut teori asal penyepit logam ini, penggunaannya bermula semasa Zaman Baekje ( 18 Sebelum Masihi – 660 Masihi), di mana golongan di raja akan menggunakan penyepit perak bagi mengesan sebarang racun di dalam makanan mereka.

Niat jahat musuh mereka akan dipatahkan sejurus sahaja makanan beracun bertukar warna. Oleh yang demikian, masyarakat juga telah mengadaptasi penggunaan penyepit logam menerusi legasi raja mereka.

Hidangan wajib masyarakat Korea turut melibatkan sepasang penyepit logam yang diletakkan pada bahagian kanan manakala sudu besar yang diperbuat daripaad logam di sebelah kirinya. Bahagian hujung penyepit tersebut yang leper didekorasikan dengan hiasan Korea, seperti burung heron.

Di kebanyakan negara Asia lain, penyepit kayu dan buluh membuatkan makanan lembik dan melekat, mudah untuk diangkat. Terdapat juga teori yang mendakwa bahawa semenjak orang Korea menggunakan sudu untuk mengaut nasi, maka penyepit makanan daripada kayu tidak lagi diperlukan.

Penyepit logam juga dikatakan lebih bersih berbanding dengan penyepit kayu. Kebanyakan restoran tradisional di Korea menggunakan ‘waktu rehat’ semasa tengahari untuk mensterilkan penyepit makanan di dalam mangkuk besar yang diisi dengan air mendidih. Walau bagaimanapun, kini mereka hanya menggunakan unit pensterilan elektrik kerana lebih mudah.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...