Kebenaran, Keluarga

Seorang ibu yang mengalami otak mati hidup selama 123 hari sehingga melahirkan sepasang bayi kembar

Seorang ibu yang mengalami otak mati hidup selama 123 hari sehingga melahirkan sepasang bayi kembar

Seorang ibu mengandung yang mengalami masalah otak mati di Brazil dibiarkan hidup selama 123 hari dengan bantuan mesin kerana mengandung, dan berjaya melahirkan bayi kembar yang sihat.

 Frankielen da Silva Zampoli Padilha, ibu berusia 21 tahun dari Campo Largo meninggal secara tragik selepas diserang strok. Bayi di dalam kandungannya berusia 9 minggu semasa dia diserang strok. Melihatkan keadaan jantung dan embrio bayi yang masih berdegup di dalam kandungan ibunya, doktor melakukan yang terbaik bagi memastikan anak tersebut dapat dilahirkan.

 

Frankielen da Silva Zampoli Padilha, 21 tahun yang meninggal semasa masih membawa bayi kembarnya di dalam perut.

Suaminya, Muriel Padilha, 24 tahun berkata, “Saya dalam perjalanan ke tempat kerja Oktober lepas bila Frankielen menelefon dan merayu saya pulang ke rumah dengan kadar segera. Dia memberitahu bahawa kepalanya ‘membunuhnya’ [kerana sakit yang teramat sangat]. Saya memberitahu supaya dia mengambil ubat. Tetapi kemudian dia [Frankielen] memberitahu bahawa terdapat sakit seperti menusuk belakang lehernya yang sungguh kuat sehingga dia berasa mahu rebah.”

Dia pulang ke rumah dan menyedari bahawa isterinya menangis, menggeletar, serta muntah-muntah. Isterinya kemudian dibawakan ke hospital.

“Semasa dalam perjalanan ke hospital, isteri saya memberitahu: ‘Saya mahu awak[Muriel] bersedia menerima hakikat bahawa saya terpaksa tinggal di sana [hospital] dan tidak akan pulang ke rumah.’ Kemudian dia tidak sedarkan diri dan itulah perkataan terakhir yang saya dengan dari mulutnya dan kali terakhir saya melihat dia hidup,” Muriel berkata.

Isterinya disahkan mengalami cerebral haemorrhage, dan mengalami pendarahan dalam otaknya. Selepas tiga hari ujian dan imbasan dilakukan, isterinya disahkan mati otak, dan Padilha diberitahu bahawa anak kembarnya yang belum lahir mungkin tidak dapat diselamatkan.

“Mereka memberitahu saya yang mereka akan memberi bayi saya tiga hari lagi untuk hidup kerana mereka akan memberikan isteri saya imbasan CT beberapa kali, suntikan dadah yang kuat serta akan mengepam antibiotik yang bermakna akan menamatkan riwayat bayi saya juga. Mereka berkata sejurus selepas jantungnya berhenti berfungsi, mereka akan menutup alat bantuan dan saya boleh memulakan upacara pengebumian isteri saya,” kata doktor yang bertugas.

“Kami membuat imbasan ultrasound pada embrio dan berfikir mereka sudah meninggal di dalam rahim ibunya, tetapi mereka masih bernyawa. Organ Frankielen masih berfungsi sama seperti dia masih bersama kita. Kami membuat keputusan untuk membiarkan dia hidup untuk menyelamatkan bayinya yang masih dalam kandungan. Dan setiap hari, kami melihat mereka [bayi-bayi] ini membesar secara normal,” kata Dr. Dalton Rivabem, ketua neurologikal ICU di hospital tersebut.

Pihak doktor, jururawat dan banyak lagi pakar kesihatan merancang melaksanakan rutin penjagaan bagi bayi Frankielen seperti menyanyi dan bercakap dengan mereka.

Rutin penjagaan bayi Frankielen oleh doktor, jururawat dan pakar kesihatan.

 

Bayi kembar, Ana Vitoria dan Asaph selamat dilahirkan dengan berat masing-masing 3 paun dan 2.9 paun. Bayi tersebut ditinggalkan di dalam inkubator selama tiga bulan dan dijaga oleh Angela Silva, ibu kepada Frankielen kerana suaminya seorang petani perlu bekerja, Silva juga menjaga anak perempuan mereka yang berusia dua tahun.

“Saya sangat berbangga dengan anak saya. Sangat sukar untuk saya menerima pemergiannya tetapi dia memiliki hati seorang wira kerana sehingga saat akhir, dia menjaga anak-anaknya dan memberi mereka nyawa sehingga hari terakhirnya,” kata Silva.

“Frankielen banyak kali hadir kepada saya terutama apabila saya dalam keadaan sedih dan menangis meminta Tuhan kembalikan dia kepada saya. Suatu malam, dia[Frankielen] datang pada katil saya dan berkata: ‘Sayang, saya tidak boleh pulang kepada awak lagi. Saya mesti tinggal di sini. Saya di tempat yang indah sekarang. Awak masih mempunyai misi besar untuk disudahkan. Awak perlu menjaga anak kita dan awak perlu kuat dan teruskan hidup’,” kata Padilha.

“Frankielen seorang yang sangat mulia dan penyayang. Saya percaya Tuhan memilih dia untuk perkara ini supaya keajaiban boleh berlaku,” kata Padilha lagi.

Tonton videonya di sini:

Era Baru

Kategori:Kebenaran Keluarga

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...