INSPIRASI, Pesona, Ria

Empat kucing ini suka berebut-rebut ketika makan. Lihat betapa bijak tuannya menangani masalah ini!

Empat kucing ini suka berebut-rebut ketika makan. Lihat betapa bijak tuannya menangani masalah ini!

Jika melawat ke mana-mana restoran, semestinya kita akan melihat meja yang besar dan ataupun sekurang-kurangnya meja kecil  dengan dua kerusi.

Namun demikian, di sebuah restoran yang terkenal di Hong Kong, Restoran Ichiran, menyediakan tempat yang privasi untuk para pelanggannya.

Setiap meja diasingkan dan dikhaskan untuk seorang pelanggan sahaja. Oleh itu, anda tidak perlu risau dan terganggu daripada pelanggan-pelanggan lain.

Bagi pelanggan yang inginkan privasi, restoran ini bertepatan dengan cita rasa anda. Pelbagai juadah menarik disajikan kepada anda.

Selepas itu, sesuatu yang menarik berlaku apabila kedudukan restoran ini telah diaplikasi bagi memberi makanan kepada kucing.

Pemilik restoran berkawan dengan seorang pemilik empat ekor kucing yang comel. Apabila tiba waktu memberi makan, si tuannya akan memberi makanan seadil-adilnya kepada semua kucingnya.

Pemilik kucing membahagikan makanan kepada kucingnya seadil-adilnya

Namun demikian, si kucing yang gempal sering mendominasi waktu makan hingga menyebabkan kucing yang kecil tidak cukup makan.

Kucing gempal: “Saiz badan besar, makan pun banyaklah…jadi?”

Bermula semenjak itu, pemilik kucing ini telah mengasingkan setiap tempat makan supaya semua boleh makan secukupnya dengan adil supaya mereka tidak berebut-rebut dan bergaduh, beberapa kadbod turut diletakkan bagi mengasingkan kucing-kucing ini mengikut kedudukannya.

Kini, keempat-empat kucingnya makan dengan tenang tanpa perlu bergaduh dan mengambil makanan kucing lain.

Bukan itu saja, ditambah pula langsir bagi meningkatkan “privacy”

Si kucing yang gempal tidak lagi boleh mendominasi waktu makanan atau mencuri hak orang lain.

Oh, nakal sangat ya!

Daripada idea yang bernas ini, keempat-empat kucing ini boleh makan dengan tenang dan tiada lagi kucing yang mencuri bahagian kucing lain.

Era Baru

 

Kategori:INSPIRASI Pesona Ria

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...