INSPIRASI, VIDEO

Dengan kehilangan berat badan sebanyak 206kg dalam masa 2 tahun, adakah ini wanita yang sama?

Dengan kehilangan berat badan sebanyak 206kg dalam masa 2 tahun, adakah ini wanita yang sama?

Wanita yang tabah dan berani ini telah menerima dan menyedari masalahnya lalu telah mengambil langkah dan usaha dengan kesedaran untuk dirinya sendiri. Dia tidak mahu lagi merosakkan diri dengan tabiat lamanya!

Nikki Webster berusia 34 tahun berasal dari Little Rock, Arkansas, Amerika Syarikat dan dia mempunyai berat sebanyak 294kg dan ini adalah masalah obesiti yang serius.

Dengan desakan mendapatkan pertolongan, Nikki berkata, “Berat badan saya amat melemahkan saya. Badan saya berasa sakit dan saya bencikannya. Tetapi, saya mengatakan pada diri makanan itu adalah ketagihan dan ketagihan itu menyeksa diri saya.”

Mengulas tentang masalah obesiti yang tidak sihat itu, Nikki menambah, “Apabila saya memulakan hari, saya berasa tidak sabar untuk makan.”

Sumber : Youtube ScreenShot/TLC

Walaupun sudah berumur 30-an, Nikki masih tinggal dengan ibu bapanya. Mereka akan memberikan apa sahaja yang Nikki mahukan.

Apa sahaja yang Nikki mahu makan, mereka akan memasakkan dan menyediakan makanan itu kepada Nikki.

Sumber : Youtube ScreenShot/TLC

Sekiranya Nikki mahukan donut dan susu kocak, ibu bapanya akan menyediakannya pada waktu sarapan pagi setiap hari dan menghantar pesanan Nikki itu ke bilik Nikki di tingkat atas dengan lif tangga yang disediakan.

Katanya, “Ibu dan ayah saya akan menyediakan makanan dan menghantarnya ke atas supaya saya tidak perlu turun ke bawah, sehingga waktu sarapan.”

Menyedari keadaan dirinya menjadi semakin buruk, Nikki telah membuat keputusan yang akan mengubah keseluruhan hidupnya.

Nikki telah bersetuju untuk melakukan satu pembedahan membuang lengan gastrik. Pembedahan lengan gastrik ini adalah satu pembedahan mengurangkan berat badan dengan membuang separuh dari perut yang berlebihan.

Melalui prosedur perubatan ini, Nikki akan mengikuti satu diet yang keras dan ketat untuk secara berterusan mengurangkan berat badan dan menjadi lebih sihat.

Selepas 12 bulan, Nikki telah kehilangan berat badan sebanyak 91kg, termasuk 25kg lebihan kulit yang dibuang melalui pembedahan.

Sumber : Facebook/Nikki Webster

Nikki mulai bangkit dan sangat sukakan personaliti barunya. Dengan melalui proses diet yang sangat ketat dan usahanya yang gigih dan keras selama 2 tahun, Nikki telah berjaya kehilangan berat badan yang sangat besar iaitu sebanyak 206kg.

Sumber : Facebook/ Nikki Webster

Perubahan yang dialami oleh Nikki adalah amat mengagumkan dan hebat. Nikki telah membeli sehelai seluar jeans bagi menyambut kejayaannya. Di samping itu, Nikki telah dijemput oleh rakan karibnya ke jamuan makan malam, selepas bertahun-tahun hidup dalam kemurungan dan kesunyian.

Sumber :  The People

Kini Nikki telah menjadi seorang anak dan kakak yang aktif dan boleh melakukan apa sahaja yang dikehendakinya dengan gembira. Nikki sudah boleh membantu adik lelakinya yang menderita penyakit selebral palsi iaitu sejenis penyakit berkaitan otot dan pergerakan.

Semestinya Nikki Webster merasa amat berpuas hati dengan keadaan dirinya kini, dengan perubahan yang positif itu. Fizikal dan mental dengan berat badan sebanyak 88kg.

Lihat video di bawah:

Era Baru

Kategori:INSPIRASI VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...