Berita Hiburan, Galeri Foto, Pesona

Barisan figura terkenal yang memilih gaya hidup yang sederhana walaupun mampu untuk hidup dalam kemewahan

Barisan figura terkenal yang memilih gaya hidup yang sederhana walaupun mampu untuk hidup dalam kemewahan

Ramai yang melihat selebriti sebagai golongan yang sempurna, memiliki segala yang diinginkan di dunia- kemewahan, nama dan pengaruh sehingga ada yang mengimpikan untuk hidup seperti mereka. Mereka mempunyai wang dan kekayaan untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu, sehingga mereka hidup dengan gaya hidup glamor dan high class.

Walaupun begitu, terdapat segelintir selebriti terkenal hanya memilih untuk hidup seperti orang biasa walaupun mereka mempunyai sumber kewangan yang tidak terbatas.

Berikut adalah 11 selebriti yang nampak bersahaja dengan gaya mereka yang sederhana.

1. Coco Chanel

Sumber:  thelegacyproject

Mademoiselle Coco adalah pereka asal “little black dress”. Dia membuat berjaya melakukan evolusi yang besar dalam dunia topi, bulu bulu dan pakaian yang berlapis-lapis.

Dia juga mengubah fesyen harian dengan menggabungkan elemen gaya dari almari lelaki: jaket, topi, payung, manset dan blaus dengan tali leher. Dia juga mengenakan reka bentuknya sendiri, menunjukkan bagaimana mudahnya dalam bergaya.

2. Mark Zuckerberg

Sumber: wikimedia| Robert Scoble 

Pengasas Facebook dilihat suka menggenakan pakaian yang sangat sederhana. Menurutnya dia tidak suka membuang masa semata-mata untuk memilih pakaian justeru itu jutawan ini hanya memilih T-shirt berwarna kelabu untuk dipakai.

Sangat mengagumkan apabila melihat seorang jutawan yang mampu untuk memakai jenama mewah terkenal tetapi lebih suka untuk menggunakan sesuatu yang kasual dan selesa.

3. Ingvar Kamprad

Sumber: Ikea

Pengasas Ikea adalah salah seorang daripada jutawan yang paling sederhana di dunia. Dia masih lagi memandu Volvo yang telah digunakan selama 15 tahun, terbang dalam kelas ekonomi dan menghiasi rumahnya dengan barangan perabot dari kedainya sendiri.

4. Boris Johnson

Sumber: The Spectator

Bekas datuk bandar London yang kini merupakan Menteri Luar Negeri Britain ini suka memimpin warganya melalui perbuatannya untuk dijadikan contoh. Dia memilih untuk menunggang basikal ke tempat kerja kerana dia fikir ia adalah pengganti yang baik kepada kereta.

5. Jennifer Garner

Sumber: StarsLife

Bintang Hollywood suka mengamalkan gaya hidup sederhana dan memberikan contoh yang baik untuk anak-anaknya.

Dia sering memilih untuk membeli-belah bersama anak-anaknya di pasar raya biasa. Gaya hidupnya sangat sederhana walaupun dia mampu membeli-belah di tempat yang mahal dan mewah.

6. Steve Jobs

Pengasas Apple ini lebih memilih untuk tampil sederhana. Lihat sahaja pakaiannya, dia sering memakai pakaian yang sama dari hari ke hari; jeans, baju turtleneck hitam dan kasut putih. Dia juga tinggal di rumah yang sederhana.

7. Tyra Banks

Sumber: Suggest

Pengacara rancangan “America’s Next Top Model” yang cantik ini sering mengelakkan diri untuk menikmati makan malam mewah. Anda boleh menemui di tempat yang lebih mudah diakses seperti The Cheesecake Factory.

8. Russell Crowe

Sumber: StarsLife

Pelakon terkenal ini rela meninggalkan Hollywood untuk berpindah ke sebuah ladang di Australia dan hidup secara sederhana bersama keluarganya di sana.

9. Hayden Christensen

Sumber: comicbook

Selebriti muda ini memilih untuk bersara dan baru-baru ini telah berpindah bersama keluarganya ke tanah airnya di Kanada.

Kini dia memiliki kebun sayur, kandang dan reban ayam. Hayden telah belajar sesuatu yang penting hidup dan memutuskan untuk memberi tumpuan dan menghabiskan masa bersama keluarganya.

10. Arnold Schwarzenegger

Sumber: Instagram

Selebriti ini sering melakukan perkara-perkara baik kepada orang lain dan semua itu bukan untuk mendapatkan perhatian daripada mana-mana pihak.

Pada tahun 2004, beliau menyelamatkan dan membawa seorang pelayar yang lemas. Tetapi Schwarzenegger tidak menggunakan kejadian itu untuk meraih publisiti sebaliknya dia memilih bersikap rendah diri.

11. Keanu Reeves

Sumber: Akit Haber

Pelakon ini dilihat begitu sederhana dengan memakai pakaian biasa dan lebih memilih untuk menggunakan kenderaan awam seperti keretapi bawah tanah di New York.

Dia juga dengan murah hati sering memberikan hadiah kepada orang lain dan memberi sumbangan dengan wang gajinya sendiri kepada badan kebajikan.

Mengagumkan bukan? Walaupun mereka punya segala-galanya, mampu memiliki apa sahaja tetapi akhirnya mereka memilih untuk hidup dengan gaya yang sederhana. Ini adalah contoh terbaik yang wajar diikuti oleh sesiapa pun.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...