Asia, KESIHATAN

Aduan difailkan terhadap McDonald Korea ekoran burger yang tidak cukup masak

Aduan difailkan terhadap McDonald Korea ekoran burger yang tidak cukup masak

Aduan jenayah telah dibuat terhadap unit McDonald Korea Selatan pada hari Rabu oleh ibu bapa yang mendakwa bahawa anak perempuan mereka jatuh sakit sejurus selepas makan salah satu burgernya yang dihidangkan dengan daging yang kurang masak.

Plaintif berkata anak perempuannya yang berusia empat tahun itu didiagnosis dengan sindrom hemolitik-uremik (HUS), penyakit bawaan makanan yang kebanyakannya mengakibatkan kegagalan buah pinggang akut, selepas beliau makan burger di sebuah kedai McDonald di Pyeongtaek, Selatan Seoul, pada bulan September yang lalu, menurut pendakwaan.

Mereka memfailkan aduan itu kepada Pejabat Pendakwa Daerah Pusat Seoul untuk menyiasat McDonald Korea diatas dakwaan melanggar undang-undang keselamatan makanan.

Foto ini, yang disediakan oleh ibu gadis berkenaan, menunjukkan anak perempuannya yang berusia empat tahun dirawat di unit rawatan intensif kerana kegagalan buah pinggang, yang dikenali sebagai HUS. Keluarganya menyesyaki  unit tempatan McDonald kerana memasak daging yang tidak cukup masak dalam burger Happy Meal yang dimakan oleh anak perempuannya sebelum anaknya didiagnosis dengan penyakit itu. (Yonhap)

Menurut ibunya, hanya dikenali oleh nama keluarga Choi, anak itu memakan burger Happy Meal dan mula mengalami sakit perut dua atau tiga jam kemudian. Gejala-gejalanya menjadi semakin teruk apabila anaknya cirit-birit dengan darah di dalamnya. Beliau dimasukkan ke unit penjagaan rapi tiga hari kemudian, di mana beliau didiagnosis.

Beliau keluar daripada hospital dalam tempoh dua bulan, tetapi kini menghabiskan 10 jam sehari menerima dialisis melalui tiub yang dimasukkan ke dalam perutnya kerana buah pinggangnya telah rosak secara kekal.

“McDonald tidak berbuat apa-apa untuk memaklumkan (pelanggan) tentang risiko sedemikian, terutamanya risiko HUS terhadap kanak-kanak yang diketahui dapat mempengaruhi mereka,” kata peguam Choi. “Walaupun mereka mendakwa mustahil daging tersebut kurang masak kerana semua makanan dimasak secara mekanik, terdapat beberapa kedai yang gagal memasak makanan sepenuhnya dengan meletakkan panggangan pada tempat yang salah atau tidak meletakkan daging di tempat yang tepat.”

Unit tempatan McDonald mengeluarkan kenyataan pada hari itu, menyuarakan rasa kesal terhadap kejadian itu dan ia akan bekerjasama sepenuhnya dalam siasatan untuk menjelaskan sebabnya.

Keluarga mangsa merancang untuk meminta perintah mahkamah terhadap syarikat itu untuk pemuliharaan bukti termasuk video pengawasan, dan juga bertujuan memfailkan saman pampasan.

Ibu gadis yang menderita HUS, meratapi ketika beliau bercakap tentang penyakit anak perempuannya pada taklimat media yang diadakan di Seoul, 5 Julai 2017. (Yonhap)

Era Baru

Kategori:Asia KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...