GLOBAL, VIDEO

Ziyad Zolkefli- Cipta rekod dunia baharu, juara Paralimpik dan juara dunia

Ziyad Zolkefli- Cipta rekod dunia baharu, juara Paralimpik dan juara dunia

LONDON – Nama Ziyad Zolkefli kini merupakan seorang jaguh dunia bagi acara lontar peluru. Walaupun dalam kategori Paralimpik, perkara itu tidak menjadi satu masalah kepada beliau untuk mencipta sejarah dan menjadi atlet nombor satu dalam negara.

Sumber: YouTube

Ziyad, memenangi pingat dalam acara lontar peluru F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London Sabtu lepas.

Bukan itu sahaja, pemenang pingat emas negara kita ini turut memecahkan rekod dunia yang dicatat pada acara Paralimpik di Brazil tahun lepas.

Sumber: YouTube

Lontaran emas sejauh 17.29 meter mengesahkan kejuaraan untuk beliau dan mengatasi pesaing dari Ecuador, Stalin David Mosquera (16.72m) dan Tot Hodgetts dari Australia  (15.96m).

Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park, menjadi saksi lontaran tersebut yang mengatasi rekodnya ketika di Brazil sejauh 16.48 m.

Memetik laporan daripada BERNAMA, Ziyad yakin pada hari perlawanan yang beliau mampu memecah rekod dunia buat kali kedua dan ingin membawa sesuatu untuk pulang ke Malaysia.

“Saya selalu impikan untuk melakukannya dan malam ini saya berjaya. Rekod dunia, juara Paralimpik dan kini juara dunia-ia sangat bagus,” kata Ziyad kepada BERNAMA.

Tambah beliau lagi, “Saya benar-benar tertekan apabila melihat jarak lontaran yang dibuat atlet Australia tetapi saya tahu ia tidak begitu jauh. Saya tahu ia salah. Saya sangat beremosi tetapi jurulatih menenangkan saya.”

Sumber: YouTube

Bagi pesaing lain, Stalin David memenangi pingat perak dengan jarak 16.62 m manakala Tot Hodgetts pula memenangi pingat gangsa 15.94 m.

Kemenangan Ziyad ini pasti menjadi tumpuan ketika Sukan Para Asean yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur September ini.

Era Baru

Kategori:GLOBAL VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...