INSPIRASI, KESIHATAN

Sedap dimakan, tetapi bahaya untuk kesihatan. Awas, hindari makan lima jenis ikan ini!

Sedap dimakan, tetapi bahaya untuk kesihatan. Awas, hindari makan lima jenis ikan ini!

Ikan sememangnya kaya dengan pelbagai nutrisi dan vitamin. Berbeza dengan apa-apa jenis daging, pemakanan ikan adalah lebih menyihatkan.

Tidak kira sesiapa, hidangan ikan pasti membangkitkan selera. Cuba bayangkan jika dihidangkan ikan tiga rasa, ikan bakar, ikan masak sambal dan pelbagai juadah lagi.

Namun demikian, terdapat juga beberapa jenis hidangan ikan yang tidak menyihatkan serta bahaya kepada kesihatan.

Oleh itu, ketahui jenis-jenis ikan yang berisiko membawa pelbagai penyakit jika anda memakannya tanpa kawalan.

1. Ikan yang diracun

Kredit: WeChat

Ikan-ikan yang disuntik dengan bahan-bahan kimia untuk ketahanan mengundang pelbagai penyakit. Antara bahan kimia yang sering disuntik ialah merkuri, logam berat, dan racun perosak.

Kebanyakan pembekal atau penjual ikan menyuntik ikan ini supaya kelihatan segar dan boleh tahan lama. Namun demikian, akibat pengambilan makanan ini, organ dalaman manusia boleh rosak.

Terdapat juga ikan yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi secara semulajadi seperti ikan todak dan ikan yu. Oleh itu, anda perlu mengelak daripada memakan ikan-ikan jenis ini.

Wanita yang sedang mengandung dan menyusu anak tidak boleh memakan ikan daripada jenis ini kerana akan memberi penyakit kepada si anak.

2. Bentuk ikan yang ganjil

Kredit: WeChat

Kredit: WeChat

Sesetengah orang gemar memakan ikan berbentuk ganjil. Akan tetapi, ikan yang berbentuk ganjil berisiko mendatangkan pelbagai penyakit.

Jika anda gemar memakan organ-organ dalaman ikan, anda perlu berhenti tabiat tersebut kerana hanya merosakkan tubuh badan anda.

3. Bahagian lemak ikan

Bahagian lemak ikan menganduni unsur bahan-bahan yang tercemar. Hal ini demikian, ikan juga memakan pelbagai makanan di laut yang tidak diketahui daripada mana sumbernya. Oleh itu, elakkanlah daripada makan bahagian lemak ikan.

4. Ikan kering

Kredit: udayavani.com

Ikan kering mengandungi kandungan garam yang tinggi. Walaupun sedap dimakan, ikan kering mengandungi bahan kimia yang boleh mengaktifkan sel-sel kanser dalam tubuh manusia.

Selain kanser, anda juga berisiko menghidap penyakit darah tinggi yang seterusnya membawa penyebab kepada penyakit-penyakit lain.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...