Benua Amerika, GLOBAL

Pelancong mati terbunuh selepas terkena tujahan kapal terbang di Caribbean

Pelancong mati terbunuh selepas terkena tujahan kapal terbang di Caribbean

Seorang pelancong wanita warga New Zealand telah meninggal dunia selepas menerima tujahan ledakan kapal terbang di Caribbean.

Lapangan Terbang Princess Juliana di St. Maarten, Caribbean disenaraikan antara lapangan terbang paling merbahaya di dunia. Ini kerana, ianya terletak di lokasi yang sangat hampir dengan persisiran pantai, menjadikannya tempat tarikan pelancong untuk melihat kapal terbang mendarat dan berlepas.

Telegraph.co.uk

Kapal terbang yang terbang dengan jarak rendah itu memberi risiko yang tinggi kepada sesiapa yang berada dekat.

Wanita berusia 57 tahun itu difahami meninggal dunia di hospital selepas tragedi itu memberikan impak sehingga kepalanya tercedera.

Walaupun tanda amaran telah diletakkan di kawasan sekeliling pantai itu, namun ramai pelancong masih berdegil dan memanjat pagar untuk merasai kesan tujahan kapal terbang yang terbang rendah. Ianya merupakan lokasi popular bagi pelancong yang gemarkan risiko.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...