GAYA HIDUP, GLOBAL, KESIHATAN

Malaysia mencatatkan antara jumlah langkah paling sedikit di dunia

Malaysia mencatatkan antara jumlah langkah paling sedikit di dunia

Anda masih berusaha untuk meningkatkan jumlah langkah sebanyak 10,000 sehari?

Sekiranya anda berjaya berjalan sehingga 10,000 langkah sehari, anda sudahpun menggandakan jumlah individu yang kebiasaannya berjalan sebanyak 4,961 langkah sahaja sehari.

Kajian ini telah dijalankan ke atas 717,527 individu di 111 buah negara dengan menggunakan aplikasi telefon pintar. Aplikasi ini turut membantu kajian yang dijalankan dengan memberi maklumat tentang umur, jantina, berat dan ketinggian.

The Cheat Sheet

Negara yang mencatatkan jumlah langkah terbanyak ialah Hong Kong, dengan 6,880 langkah sehari. Ianya diikuti oleh China dengan 6,189 langkah.

Negara yang mencatatkan jumlah paling rendah pula ialah Malaysia, dengan 3,963 langkah; Arab Saudi dengan 3,807 langkah; dan Indonesia dengan 3,513 langkah.

Selain itu, kajian ini juga mendapati lebih besar jurang antara orang yang paling aktif dan kurang aktif, semakin tinggi kadar obesiti di negara itu. Sebagai contoh, Amerika Syarikat dan Mexico mencatatkan jumlah langkah yang hampir serupa iaitu dalam julat 4,600 hingga 4,800. Namun, disebabkan jurang individu aktif dan kurang aktif yang besar di Amerika Syarikat, negara itu lebih tinggi kadar obesitinya.

Selain daripada itu, ianya juga didapati keadaan persekitaran mempengaruhi sekiranya negara itu mempunyai kadar pejalan kaki aktif.

Berjalan kaki merupakan salah satu rahsia kepada kehidupan yang lebih sihat. Ianya mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes, kanser dan kemurungan. Ia juga penting sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan, menurut World Health Organization.

Para penyelidik di Kanada juga mendapati bahawa mereka yang menjalani kehidupan yang tidak aktif juga mempunyai risiko untuk mempunyai dementia.

Walau bagaimanapun, masih ramai individu di luar sana yang tidak mempedulikan senaman ringkas seperti berjalan kaki. Sudah tentu ini juga dipengaruhi faktor sekeliling seperti pembangunan, pembandaran dan keselamatan tetapi ianya merupakan satu perkara yang perlu dititik beratkan sekiranya anda mahu kekal sihat dan cergas sepanjang hayat.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...