Automobil, BISNES, GLOBAL

Situasi bekalan minyak dunia semakin membimbangkan- CEO Saudi Aramco

Situasi bekalan minyak dunia semakin membimbangkan- CEO Saudi Aramco
Sejak harga minyak jatuh pada tahun 2014, pelaburan bernilai kira-kira AS$ 1 trillion iaitu RM 4.2 trillion telah pun menghilangkan diri.

ISTANBUL: Menurut Amin Nasser, Ketua Eksekutif Saudi Aramco, penurunan mendadak pelaburan dan kekurangan penemuan konvensional baharu telah mendatangkan masalah terhadap bekalan minyak dunia.

“Jika kita lihat situasi jangka masa panjang bekalan minyak, gambarannya menjadi semakin membimbangkan,” kata Nasser seperti yang dipetik daripada BH Online.

Kredit: pixabay

Tambahnya lagi, minyak syal bukan konvensional dan sumber tenaga alternatif merupakan faktor penting untuk menampung permintaan akan datang, tetapi masih terlalu awal untuk dianggap sebagai alternatif kepada industri minyak dan gas.

Kredit: pixabay

“Situasi semakin meruncing apabila pelabur kewangan semakin berkurangan dalam membuat pelaburan besar dalam penerokaan minyak, pembangunan jangka panjang dan infrastruktur berkaitan. Pelabur dalam projek kecil seperti minyak syal tidak dapat membantu,” tambah Nasser lagi ketika berucap di Istanbul.

Sejak harga minyak jatuh pada tahun 2014, pelaburan bernilai kira-kira AS$ 1 trillion iaitu RM 4.2 trillion telah pun menghilangkan diri.

Sumber: U.S. Energy Information Administration| eia

Hasil kajian mendapati bahawa, 20 juta tong sehari (bpd) pengeluaran baru diperlukan bagi menampung permintaan dan mengimbangi penurunan jumlah lapangan yang dibangunkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...