Hartanah, Korporat, VIDEO

【Video】Menakjubkan! Pemandangan dari atas kampus Apple di Bandar Cupertino yang bakal dibuka tidak lama lagi

【Video】Menakjubkan! Pemandangan dari atas kampus Apple di Bandar Cupertino yang bakal dibuka tidak lama lagi

Sebuah lagi projek mega milik Apple kini giat dijalankan dengan kos pembinaan yang dikatakan mencecah 5 billion USD.

Kampus Apple atau Apple Park yang diberi nama Steve Jobs Theater dilihat berada dalam pada fasa akhir pembinaan dan dikhabarkan akan dibuka kepada para pekerja akhir bulan ini.

Kredit: SF Gate

Apabila siap kelak, 80% daripada kampus teknologi itu akan terdiri daripada lanskap dan selebihnya dilitupi oleh bangunan. Apple juga merancang untuk menanam 9,000 batang pokok di tapak pembinaan itu yang terletak di Cupertino, California.

Walau bagaimanapun, Apple kelihatan lebih tertumpu kepada pembelian pokok buah-buahan kerana pada tahun 2013 Steve Jobs dikatakan mahu kampus tersebut  mengingatkannya bahawa dia membesar di California, yang diingati sebagai  “the fruit bowl of America.

Pekerja Apple sudah mula pindah beransur-ansur pindah ke kampus itu sejak April lalu dan ia akan mengambil masa sehingga akhir tahun 2017. Kampus ini juga dapat memuatkan sehingga 12,000 orang pekerja.

Saksikan video mengenai projek gergasi milik Apple tersebut, anda pasti akan kagum akannya!

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...