INSPIRASI, VIDEO

Pilu! Pengantin perempuan berkahwin di sisi bapanya yang nazak membuatkan ramai orang mengalirkan air mata

Pilu! Pengantin perempuan berkahwin di sisi bapanya yang nazak membuatkan ramai orang mengalirkan air mata

Lisa Wilson tahu bapanya tidak akan berada di majlis tari menari sempena majlis perkahwinannya kelak. Bapanya, David, sedang dirawat di hospital kerana berjuang melawan sejenis kanser yang ganjil. Justeru, berbaki 11 jam sebelum majlis perkahwinannya, Lisa bertindak untuk menangguhkan rancangan perkahwinannya selama seminggu serta berkahwin di sisi bapanya.

Mengadakan majlis perkahwinan di Pusat Perubatan UCI bukanlah majlis perkahwinan yang didambakannya sewaktu kecil dan sewaktu beliau bertunang. Tetapi, kehadiran bapanya sangat penting sehinggakan Lisa dan suaminya Robert Pantoja sanggup berkorban.

Pada penghujung bulan Ogos tahun 2014, Lisa dan Robert berkahwin di sisi bapa Lisa.

Selepas 10 hari sahaja majlis tersebut, bapanya David meninggal dunia.

Tetapi Lisa sampai ke hari ini mengingati detik manisnya berkata “I do” dengan bersaksikan bapanya dan semestinya Lisa tidak akan melupakan tarian terakhir dengan bapanya.

“Ayah, saya mahukan tarian bapa dan anak perempuan dengan ayah”, pinta Lisa. Ayah menjawab “Ayah tidak larat”. Saya pula berkata “Tidak mengapa, saya mahu menari dengan tangan ayah sahaja”.

Mereka pun menari berlatarkan lagu Whitney Houston – I Will Always Love You.

David Wilson berkata kepada menantunya “Rob, kamu beruntung. Kamu telah menang ‘loteri’. Kamu berjaya dapatkan anak kesayangan saya”. Beliau turut berkata bahawa perkahwinan Lisa di sisi katilnya merupakan hadiah terindah yang boleh diberikan oleh seorang anak perempuan kepada bapa.

Kasih sayang yang utuh antara seorang bapa dan anak perempuannya ini sungguh mengharukan sesiapa yang membacanya. Lihat sendiri video di bawah dan cuba anda tahan daripada mengalirkan air mata.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...