KUALA LUMPUR – Sambutan Ulang Tahun Keputeraan  Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bagi tahun 2017 dipinda daripada 29 Julai kepada 9 September.

Pindaan ini dikeluarkan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri pada 13 Julai dan merupakan pindaan kedua yang pernah dilakukan.

Pada April lalu, kerajaan mengumumkan sambutan itu dipinda daripada Sabtu minggu pertama bulan Jun kepada Sabtu minggu terakhir Julai sepanjang lima tahun pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sehingga 2021.

Pindaan itu mengambil kira hari Sabtu minggu pertama Jun 2017, 2018 dan 2019 yang jatuh dalam bulan Ramadhan.

Era Baru

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 10 seconds