NASIONAL

Kumpulan tari dari Sabah menang besar dalam kejohanan Dance World Cup di Jerman, kalahkan 40 negara lain

Kumpulan tari dari Sabah menang besar dalam kejohanan Dance World Cup di Jerman, kalahkan 40 negara lain
Matinin Sungkin dari Kota Belud berjaya merangkul Emas dalam acara Junior Solo National Dance World Cup di Germany. (World Dance Cup)

KOTA KINABALU: Persatuan Tobilung Sabah Bersatu (TOBISA) mengharumkan nama negara dalam Tarian Piala Dunia di Offenburg, Jerman yang berlansung daripada 24 Jun hingga 1 Julai.

Pasukan yang terdiri daripada 10 orang ahli telah dianugerahkan pingat emas dalam kategori Dance Impact serta Anugerah Pilihan Pengerusi.

 World Dance Cup

Walaupun bersaing dengan 40,000 penari daripada 40 negara, Malaysia berjaya mencipta nama sebagai juara dalam kejohanan dunia tersebut.

Bukan itu sahaja, salah seorang ahli kumpulan TOBISA, Matinin Sungkin, 17, mencipta nama sebagai pemenang pingat emas bagi kategori solo junior.

Matinin Sungkin

World Dance Cup

Manakala, Mohamad Farihin, 11, dianugerahkan pingat gangsa bagi kategori kanak-kanak solo.

Menurut jurulatih utama dan koreografer kumpulan itu, Mohd Hairul Nazmie, “Saya sangat berpuas hati dengan pencapaian kami disini.”

“Sebenarnya, terdapat banyak lagi kategori yang kami tidak sempat untuk berlatih tetapi kami meraih tempat 10 teratas bagi semua kategori,” tambah beliau.

Kejayaan yang diraih oleh TOBISA dalam peringkat dunia ini bukanlah pertama kali malah telah layak ke Tarian Piala Dunia sebanyak empat kali semenjak 2014.

Dance World Cup

Setakat ini, kumpulan daripada Sabah ini telah menambah pingat dalam koleksi mereka sebanyak lima pingat emas, empat pingat perak, dan enam pingat gangsa.

Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyifatkan kejayaan itu sebagai satu kebanggaan Kota Belud dan seluruh rakyat Malaysia.

Kata beliau seperti yang dipetik daripada Facebook miliknya, “Lagi ikon Kota Belud berjaya harumkan nama Malaysia di pentas dunia.”

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...