GLOBAL, INSPIRASI, Kebenaran

Peguam pembela hak asasi manusia, David Matas mendapat penghormatan Gandhi Award

Peguam pembela hak asasi manusia, David Matas mendapat penghormatan Gandhi Award

David Matas yang terkenal sebagai seorang peguam yang memperjuangkan hak asasi manusia di Kanada juga merupakan seorang calon Nobel Peace Prize.

Matas telah diberikan penghormatan itu pada 8 Jun tahun ini di Mahatma Gandhi Centre of Canada di Winnipeg. Anugerah itu telah diberikan kepada Matas dan seorang lagi warga tempatan di Winnipeg iaitu Art DeFehr. DeFehr merupakan seorang dermawan terkenal di situ.

Majlis penganugerahan ini dimulakan pada tahun 2010 untuk memberi penghormatan kepada mereka yang berusaha dalam menyelesaikan konflik.

Matas telah berkecimpung dalam usaha menegakkan hak asasi manusia sepanjang hidupnya. Baru-baru ini, dia telah terlibat dalam isu Falun Gong di China. Beliau menentang perintah kerajaan yang membenarkan pembedahan pertukaran organ manusia untuk kaut keuntungan. Hasil kerjanya dalam isu inilah yang menobatkannya sebagai seorang pemenang Anugerah Nobel.

The Epoch Times

Matas telah menjadi inspirasi bagi ramai figura ternama, contohnya salah seorang wakil parlimen di Kanada, Doug Eyolfson. Matas telah mengatakan bahawa cara yang terbaik untuk kenali diri sendiri ialah dengan berkhidmat untuk masyarakat. Kata-kata ini telah menginspirasikan Eyolfson untuk menjadi khidmat sivil.

Matas dalam ucapan penerimaan anugerahnya juga turut mengatakan ianya penting untuk memberi sokongan kepada mereka yang tertindas. Inilah sebabnya dia begitu berkeras menentang isu pembunuhan ahli Falun Gong secara beramai-ramai di China.

Dalam sebuah temu ramah bersama Falun Gong, Matas berkata bagi menghidupkan semangat Gandhi, masyarakat perlu tahu apa yang sedang berlaku di dunia hari ini.

Gandhi berjaya membuat protes terhadap kedatangan Britain di India. Walau bagaimanapun, protes dihalang di China. Mereka tidak dibenarkan untuk membuat bantahan tentang apa yang sedang berlaku meskipun isu penindasan Falun Gong ini berlaku secara besar-besaran.

Matas mengatakan bahawa anugerah ini memberinya sokongan untuk meneruskan usahanya dalam menegakkan hak asasi manusia.

Antara nama tersohor lain yang pernah mendapat anugerah ini termasuklah Izzeldin Aboulaish, yang dikenali sebagai Gaza Doctor dan Gail Asper dan Moses Levy atas usaha mereka di Canadian Museum for Human Rights.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...