INSPIRASI, VIDEO

[Video] Bapa mengayuh basikal sejauh 2250 km pada hari bapa untuk mendengar degupan jantung anak perempuannya yang telah mati

[Video] Bapa mengayuh basikal sejauh 2250 km pada hari bapa untuk mendengar degupan jantung anak perempuannya yang telah mati

Sudah 5 bulan sejak Bill Conner kehilangan anak perempuannya yang berusia 20 tahun, Abbey. Sejak itu, dia berasa dia perlu melakukan sesuatu untuk memberi penghormatan kepada hidup anaknya yang singkat.

Pada tarikh 22 Mei, hari selepas anak lelakinya Austin bergraduasi dari kolej, Conner menunggang basikal dan mula membawa merentasi negeri.

“Ini adalah perkara yang dia (anak perempuannya) mahu dia lakukan,” Conner memberitahu CBS News.

Conner mahu menjelajah sejauh 2600 batu, dari kampung halamannya di Madison, Wisconsin sehingga ke Fort Lauderdale, Florida untuk melawat Broward Health Medical Center, hospital yang membantu memulihkan organ Abbey untuk derma pada Januari lalu.

Abbey dan abangnya dijumpai tidak sedarkan diri di kolam resort ketika cuti musim sejuk di Cancun yang lalu. Ketika mereka dijumpai, Abbey sudah berdepan dengan masalah kecederaan otak yang tidak dapat dipulihkan.

Abbey kemudian telah diterbangkan ke Fort Lauderdale, di mana dia dibantu dengan bantuan mesin untuk terus hidup sehingga organnya dapat dipindahkan oleh doktor untuk didermakan.

Pada usianya mencecah 16 tahun, sejurus selepas mendapat lesen memandunya, Abbey membuat keputusan mahu menjadi seorang penderma organ. Ianya merupakan perkara yang dibincangkan oleh keluarganya sebelum ini.

“Dia (Abbey) teleh mendaftarkan dirinya. Mungkin dia sudah lama mengetahui akan perkara ini,” kata bapanya. “Kalau dia (Abbey) merupakan rakan anda, pastinya dia akan ringan tulang untuk membantu, dan dia akan membantu mereka yang memerlukan, kerana itu sesuai dengan dirinya.”

Lelaki dari Lafayette, Louisiana, Loumonth Jack, Jr. yang berusia 21 tahun telah diserang dengan sakit jantung yang parah dan harinya dihitung. Dia akan meninggal sekiranya tidak mendapat bantuan dalam kadar segera.

“Dia hanya diberi 10 hari untuk hidup,” kata Conner. Tetapi dengan keajaiban dan Abbey, dia (Laoumonth Jack,Jr.) berupaya untuk hidup.

Abbey mendermakan empat organ, yang membolehkan empat lelaki berusia dari 20 sehingga 60 tahun untuk terus hidup, kata Conner. Abbey juga telah mendermakan mata dan tisu yang lain.

Apabila Conner memberitahu pusat derma Florida yang menguruskan organ Abbey bahawa dia mahu melakukan kayuhan tersebut untuk memberi penghormatan, kumpulan tersebut mengedarkan surat kepada setiap penerima organ dan tertanya adakah mereka berminat untuk berjumpa dengan bapa wanita tersebut.

“Orang yang memberi respon ialah Jack Jr., penerima organ,” kata Conner.

Conner telah diberi informasi untuk berhubung dengan Jack Jr., sebelum mereka menguruskan pertemuan di Baton Rouge pada Hari Bapa, 1400 batu bersamaan 2250 km perjalanan Conner.

Apabila Conner bertemu dengan Jack Jr. pada petang tersebut, dia seperti sudah mengenalinya.

“Dia hidup disebabkan Abbey, dan Abbey hidup di dalam dirinya. Jantungnya (abbey) membolehkan dia berdiri tegak,” kata Conner. “Saya sangat gembira untuk dia dan keluarganya, dan pada masa yang sama, saya dapat bertemu semula dengan anak perempuan saya.”

Selepas berkongsi peluk yang lama, Jack Jr. mengeluarkan stetoskop supaya Conner dapat mendengar degupan jangtung anaknya pertama kali sejak kematiannya pada Januari lalu.

Kedua-dua mereka mengeluarkan air mata selepas mendengar degupan itu.

“Dia (Abbey) telah menyelamatkan saya, dan saya tidak dapat membalas jasanya. Saya berharap saya mempu tetapi tidak,” Jack Jr. memberitahu CBS di Baton Rouge. “Apa yang saya boleh lakukan ialah menyampaikan rasa kasih sayang kepada keluarganya.”

Keluarga Conner membuat satu rakaman degupan Jantung Jack Jr. untuk didengari Conner sepanjang kayuhan beliau.

Selepas meluangkan masa bersama, Conner kembali meneruskan kayuhan untuk menyebarkan dan memberi kesedaran kepada umum mengenai kepentingan menderma organ, serta dia berkongsi kisah anak perempuannya sepanjang perjalanan beliau.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...