GLOBAL

Otto Warmbier, pelajar Amerika Syarikat dibebaskan daripada penjara Korea Utara meninggal dunia

Otto Warmbier, pelajar Amerika Syarikat dibebaskan daripada penjara Korea Utara meninggal dunia

NEW YORK – Seorang mahasiswa daripada Amerika Syarikat, Otto Warmbier, 22, meninggal dunia selepas dibebaskan daripada penjara di Korea Utara. Pemuda ini dijatuhkan hukuman 17 bulan penjara tetapi dinaikkan kepada 15 tahun.

Hasil perbincangan antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara, beliau dibebaskan awal oleh pihak kerajaan Korea Utara pada 13 Jun tetapi pulang dalam keadaan koma.

Sejurus sampai ke Lapangan Terbang Lunken, Cincinnatti, Otto Warmbier dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera.

Menurut pihak keluarga, “Kami berterima kasih kepada para doktor yang berusaha untuk memulihkannya tetapi penyeksaan dan penderaan yang dialami oleh anak kami, menyebabkan usaha ini gagal.”

Dalam satu pengumuman daripada keluarga mendiang, Otto meninggal dunia pada jam 2:20 pm waktu tempatan.

Selain itu, menurut doktor yang merawat Otto Warmbier, mendiang mengalami kerosakan otak yang amat serius selepas pulang dari Korea Utara.

“Otto tidak mampu bercakap, tidak mampu melihat, dan tidak mampu memberi respon secara verbal. Walaupun kami tidak mampu mendengar suaranya lagi, wajahnya berubah dalam sehari – kelihatan tenang. Kami percaya dia dapat merasakan dia sudah berada di rumah,” menurut pihak keluarga.

Pihak keluarga ternyata sedih dengan berita kematian ini kerana mendiang telahpun koma sejak Mac 2016 tetapi tidak diberikan sebarang rawatan.

Otto Warmbier, mahasiswa daripada Universiti Virginia, dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun daripada asalnya 17 bulan atas kesalahan membuang kain rentang politik di sebuah hotel Korea Utara.

Dia ditangkap di lapangan terbang Korea Utara ketika ingin meninggalkan negara berkenaan pada Januari 2016.

Era Baru

Kategori:GLOBAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...