INSPIRASI, KESIHATAN, VIDEO

【Video】Refleksologi untuk bayi? Lihat hasilnya selepas anda mengurut 8 titik tekanan ditelapak kakinya.

【Video】Refleksologi untuk bayi? Lihat hasilnya selepas anda mengurut 8 titik tekanan ditelapak kakinya.

Bayi sememangnya tidak dapat bercakap dengan kata-kata. Apa yang mampu dilakukan oleh mereka ketika usia ini hanyalah menangis. Dengan menangis, mereka sebenarnya cuba menyampaikan maksud seperti:

-Berasa lapar.

-Mahu didukung.

 -Mahu ditukarkan lampin.

– Mengantuk.

 -Tidak sihat seperti demam apabila mahu tumbuh gigi.

Sudah tentu ibu bapa berasa risau dengan keadaan ini. Ada ibu bapa yang dapat menenangkan bayi mereka dengan mudah sahaja. Namun begitu, tidak dinafikan ada sesetengah ibu bapa yang panik dan tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalah bayi menangis ini.

Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bayi menangis dapat ditenangkan dengan mengaplikasikan kaedah “refleksologi.” Amalan perubatan Cina purba yang telah wujud beribu-ribu tahun lalu telah menerapkan kaedah yang mudah dipelajari oleh setiap ibu bapa ini dalam keluarga mereka.

Bayi Luna tidur dengan nyenyak walaupun ketika ibunya mengurutnya.

Pengetahuan asas yang perlu kita tahu berkenaan refleksologi ialah kaki kita mempunyai hujung saraf yang boleh dirangsang dengan mengurut beberapa titik tekanan tertentu.

Dengan melakukan refleksologi, bayi Luna tidur daripada pukul 8.30 malam hingga 2.00 pagi. Kemudian sambung tidur hingga pukul 6.00 pagi.

Sama seperti apabila anda menekan tapak tangan di antara ibu jari dan jari telunjuk, anda akan dapat melepaskan rasa sakit kepala.

Melalui kaedah refleksologi, ianya dapat membantu melegakan kesakitan di beberapa bahagian badan yang lain dengan cara menekan titik-titik tekanan di kaki anda.

Amalan refleksologi ini bukan sahaja sangat berguna kepada kanak-kanak dan orang dewasa malah bayi juga mampu memberikan tindakbalas kerana mereka lebih mudah menerima sentuhan fizikal.

Memegang dan menenangkan bayi dengan sentuhan fizikal memberi kesan tindakbalas semulajadi terhadap tekanan yang mereka alami. Jadi, mengapa tidak ibu bapa menambah urutan kaki istimewa dalam rutin harian ini?

The Hearty Soul

Carta di atas menunjukkan beberapa saraf berbeza yang terletak di seluruh telapak kaki.

Contohnya, dengan menekan lembut di bahagian atas telapak kaki yang menyentuh tanah akan membantu melegakan kawasan dada badan.

Mungkin ia tidak sepenuhnya menyembuhkan gejala penyakit seperti batuk atau sesak nafas, namun dengan menekan bahagian ini ia akan dapat mengurangkan kesakitan bayi anda yang mengalami selesema.

Pastikan anda melakukan “Mother Earth Hold” pada bayi anda sebelum dan selepas melakukan urutan kaki yang menakjubkan ini.

Dengan cara menyatukan telapak kaki kiri dan kanan bayi dalam telapak tangan anda dan perlahan-lahan menggerakkan kaki bayi ke kedudukan janin sedikit sebanyak melegakan bayi dan mereka berasa disayangi.

Selain itu, gerakkan kaki kanan dan kirinya rapat ke badannya beberapa kali. Anda akan mendapati bayi anda berada dalam keadaan rehat.

Memberikan urutan refleksologi kepada bayi anda akan menunjukkan banyak perbezaan antara masa rehat dan rasa keletihan bagi bayi anda dan anda sendiri!

Bayi anda akan tidur dengan lebih lama dan jarang bangun malam. Mungkin dia hanya bangun untuk minum susu dan kemudian sambung tidur semula.

Anda juga akan berasa lebih tenang dan mendapat tidur yang cukup!

Menurut ibu Luna, bayinya tidak pernah tidur lena sejak dilahirkan. Ibu Luna juga secara tidak langsung dapat tidur selama 8 jam keseluruhannya.

Berbaloi bukan?

Kongsikan tip hebat ini dengan rakan anda yang lain!

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...