KESIHATAN

Tujuh tanda anda makan terlalu banyak gula

Tujuh tanda anda makan terlalu banyak gula

Ramai yang berfikir hanya penyakit diabetis sahaja yang berkaitan paras gula dalam darah yang tinggi. Sesiapa sahaja boleh mengalami keadaan ini dan kita mungkin tidak menyedari kesan mudarat yang dibawa pada sistem saraf, saluran darah dan organ badan.

Bagi membendung sebarang komplikasi, adalah penting kita mengenalpasti simptom-simptom yang membimbangkan dari masa ke masa dan mengambil langkah sewajarnya. Antara tanda-tanda anda makan terlalu banyak gula:

1. Lapar berterusan

Kadar gula yang tinggi dalam darah menghalang glukos dari memasuki di dalam sel badan. Kesannya, badan tidak menerima tenaga yang diperlukan dan dengan itu kita akan meminta makanan lagi dan lagi. Kitaran ini yang membuatkan kita berasa lapar secara berterusan.

2. Keletihan melampau

Dengan paras gula yang tinggi di dalam darah, badan tidak dapat menyimpan dan menyerap glukos dengan sempurna. Tenaga digunakan secara tidak cekap dan sel di dalam badan tidak menerima tenaga yang diperlukan. Ini membawa kepada kesan di mana seseorang itu sering berasa letih tanpa sebab.

3. Kerap membuang air kecil

Jika paras gula dalam darah adalah tinggi, buah pinggang tidak dapat menyerap kembali cecair. Dengan itu, badan akan cuba menyeimbangkan kepekatan glukos di dalam darah dan di dalam sel, melarutkan darah dengan cecair intraselular, lalu menjadikan glukos yang pekat kepada normal. Kesannya membawa kepada kekerapan membuang air kecil.

4. Mulut kering dan dahaga melampau

Mulut yang kering dan sangat dahaga adalah kesan tindakbalas dari kekurangan cecair yang banyak di dalam badan.

Hypothalamus yang menilai paras kehilangan air dan penyebab dahaga, akan menghantar isyarat sama kepada otak. Sememangnya kita tidak boleh menolak untuk minum, tetapi lebih baik memilih air biasa atau teh tanpa gula.

5. Hilang berat badan

Dengan paras glukos yang tinggi, anda akan kehilangan berat badan dalam jangka masa pendek, walaupun makan dengan kerap dan mempunyai banyak kalori. Ada beberapa sebab mengapa ini terjadi:

  • Cecair yang hilang dengan kerap dengan membuang air membawa kepada paras cecair menjadi rendah di dalam badan, dan ini menyebabkan penurunan berat badan.
  • Jika paras insulin tidak mencukupi dengan metabolisme glukos, ia akan menukar kepada pembakaran lemak di dalam badan.
  • Dengan pembuangan air kencing yang banyak kepada paras glukos yang tinggi akan membuat badan menggunakan banyak kalori, dan dengan itu akan cuba membuang kemasukan glukos.

6. Kulit kering

Kulit yang kering berkait dengan paras gula yang tinggi dalam darah atas beberapa sebab:

  • Pembuangan air kencing yang berlebihan mengeringkan badan sehingga pada satu tahap akan membuat kulit mulai mengering.
  • Masalah kaki yang kering adalah tanda atherosclerosis iaitu pengerasan dan penyempitan arteri dan mengiringi pengurangan pengaliran darah, penyakit yang dikaitkan dengan diabetis.
  • Saraf yang rosak akan mengganggu operasi normal dalam pengeluaran peluh, dan akan memberi kesan pada imbangan air pada kulit.

7. Masalah penumpuan

Paras gula yang tinggi dalam badan juga akan menghalang glukos dari memasuki sel-sel otak. Oleh itu, otak menghadapi kesukaran mengekalkan tenaga yang mana ia adalah elemen penting dalam memberi penumpuan.

Dengan ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kepantasan berfikir dan membuat keputusan.

Era Baru

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...