Apabila Roger Reissig menghantar gambar rutin harian ayahnya di media sosial, dia tidak berfikir yang orang luar selain keluarga dan rakan-rakannya akan melihat gambar tersebut. Akan tetapi, kisah yang dia kongsikan itu amat menyentuh hati dan foto tersebut menjadi viral.

Foto tersebut menunjukkan ayahnya sedang menyiram air pada satu plot di perkuburan.

Roger menjelaskan:

“Telah setahun ibu meninggalkan kami ke rumahnya di syurga. Ayah akan melawat ibu di perkuburan dua kali sehari.

Dia mempunyai rutin dimana akan mencantas baik bunga-bunga ros dari taman rosnya di rumah dan menghantarnya kepada ibu.”

“Kemudian dia akan mengambil hos dan air lalu menyiramnya di atas rumput kubur ibu dua kali sehari. Dengan kemarau baru-baru ini, dan hanya kubur ibu sahaja yang disirami, kamu akan dapat melihat ibu lebih menyerlah dari yang lain dan ia sangat cantik.”

“Suatu hari semasa sedang menyirami kubur ibu, ayah ternampak seorang gadis muda sedang melutut dan menangis teresak-esak berdekatan dengannya. Ayah pergi kepadanya dan bertanya serta berbual dengannya. Dari situ dia mendapat tahu yang suaminya telah terkorban dalam operasi bersama Tentera Udara Amerika pada tahun 2010. Selepas mereka berbual dan berkongsi cerita, wanita muda itu mengucapkan terima kasih dan beredar. Ayah memutuskan untuk memberi penghormatan kepada anggota tentera itu dan mulai menyiram air pada kuburnya bersama kubur ibu setiap hari. Dan dia melakukannya setiap hari selepas itu.

“Kata ayah, sekurang-kurangnya itu sahaja yang dia boleh lakukan atas pengorbanannya pada negara untuk kita semua. Anda boleh lihat rumput hijau yang cantik di kuburnya bersama kubur ibu dari gambar ini. Terima kasih atas jasa dan tugas anak muda ini yang telah berkorban untuk negara dan saya sangat berbangga pada ayah yang memberinya penghormatan. Sayang kamu, Ayah!”  kata Roger.

Sangat menakjubkan dengan cara yang indah warga emas ini memberi penghormatan bukan sahaja pada isterinya, malah kepada anak muda yang memberi nyawanya demi negara.

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds