GLOBAL

Tragedi Kebakaran London: Masih ramai penghuni Grenfell Tower belum dijumpai

Tragedi Kebakaran London: Masih ramai penghuni Grenfell Tower belum dijumpai
Kebakaran besar yang berlaku di sebuah menara 27 tingkat di London telah mengorbankan 12 nyawa dan jumlah mayat dijangka meningkat kerana ramai yang masih terperangkap di dalamnya. (Foto: Barcroft images)

LONDON: Kebakaran besar yang berlaku di sebuah menara 27 tingkat di London telah mengorbankan 12 nyawa tetapi menurut pihak bomba jumlah mayat dijangka meningkat kerana ramai yang masih terperangkap di dalamnya.

Laporan daripada AFP mengatakan, selepas tujuh jam amaran kebakaran dikeluarkan, kebakaran masih kelihatan daripada dalam bangunan manakala asap hitam berkepul tebal di langit London.

Usaha-usaha pencarian giat dilakukan dan sehingga kini 78 orang terselamat dan dirawat di hospital manakala 18 individu berada dalam keadaan kritikal.

Menurut laporan Reuters, Pesuruhjaya Pasukan Bomba London, Danny Cotton berkata, ‘sejumlah mangsa yang maut’ akibat kebakaran itu namun tidak dapat mengesahkan jumlah kematian.

Ketika kebakaran ini berlaku, kebanyakan penduduk beragama Muslim bangun awal pagi sekitar 2.00 hingga 2.30 pagi untuk bersahur. Disebabkan itu, golongan Muslim berjaya mengejutkan jiran tetangga untuk menyelamatkan diri.

Menurut laporan Sky News, Nadia Yousuf, 29, memberitahu individu beragama Islam merupakan penduduk pertama yang menyedari kebakaran itu kerana bangun awal pagi untuk bersahur.

Kebakaran itu juga memaksa beberapa penghuni bertindak berani dengan terjun daripada bangunan bagi menyelamatkan diri manakala sekurang-kurangnya seorang saksi mengibarkan bendera putih untuk meminta pertolongan, menurut saksi.

Seorang mangsa yang terselamat bersama suami dan anak-anaknya, Hanan Wahabi,39, walaupun selamat tetapi dia bimbang dengan keluarga abangnya di tingkat 21 yang masih gagal dihubungi.

Insiden itu menyaksikan rumah-rumah ibadat seperti masjid, gereja, dan kuil membuka pintu kepada semua penghuni untuk dijadikan tempat perlindungan.

Malah seorang rakyat Malaysia yang menetap di London, Rowena Abdul Razak, menawarkan para penghuni yang tiada tempat perlindungan untuk tinggal dirumahnya.

Era Baru

Kategori:GLOBAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...