Segelas air sejuk dengan ais yang menyegarkan. Tiada siapa yang dapat menafikan, meminum segelas air lebih memuaskan hati kita berbanding kopi atau setin soda.

Kredit: www.laksou.com

Walaupun begitu ada di antara kita yang kurang minum air yang cukup dalam sehari. Dengan menghindarkan keperluan dari minum sumber utama alam semulajadi itu, kita akan terus membahayakan kesihatan kita.

Jika anda dapat mengesan tanda-tanda ini pada diri anda, adalah dinasihatkan anda segera mendapat segelas air dan minumnya sekarang.

1. Mulut menjadi kering

Kredit: huntersvillencdentistry.com

Amat ketara, tetapi kaitannya dengan tidak minum air dengan cukup tidak difikirkan begitu.

Kadang-kala, apabila mulut kita berasa kering dan melekit, kita akan mendapatkan apa-apa jenis cecair untuk membasahkan mulut, terutama dengan minuman bergula. Dan ini akan memberi kesan dan masalah yang lebih besar pada diri kita.

Sebaliknya dengan hanya minum air biasa, ia akan melincirkan membran mukus pada mulut dan tekak, yang mana akan berterusan melembabkan mulut anda dengan air liur selepas minum.

2. Kulit menjadi kering

Kredit: elizeaboutbeautydotcom

Kulit adalah organ terbesar pada badan dan perlu untuk kekal lembab. Tanda awal kesan penyahhidratan ialah kulit yang kering, yang mana akan membawa kepada masalah yang besar.

Kekurangan air dalam badan membawa kepada kurang berpeluh, membawa kepada ketidakupayaan badan untuk membersihkan kekotoran dan minyak daripada badan yang terkumpul setiap hari. Jika anda merasai tanda ini, pertama sekali anda perlu minum air dengan banyak.

3. Merasa amat dahaga

Kalau anda berasa mulut anda kering, ditambah dengan rasa dahaga bagai berada di padang pasir yang kekeringan. Sesiapa yang telah minum minuman keras akan dapat memahaminya, iaitu apabila bangun dari tidur, badan  anda berasa kering dan pertama sekali yang diinginkan ialah air.

Alkohol akan mengeringkan air di dalam badan dan secara langsung otak akan memberi arahan untuk minum air dengan banyak sehingga kandungan air dalam badan kembali normal. Fahami diri anda dan dengar akan kehendak badan anda – inginkan air!

 4. Mata yang kekeringan

Jelas bahawa bukan sahaja kurangnya minum air itu akan memberi kesan pada mulut dan tekak, tetapi pada mata juga.

Kurangnya kandungan air dalam badan akan menyebabkan mata menjadi kering dan kemerahan. Tanpa air dalam badan, air mata akan kering. Jika anda berasa mahu menangis tetapi tidak boleh mengeluarkan air mata, mungkin ini tandanya kurangnya air pada badan.

Sedarilah bahawa kurangnnya minum air itu akan merosakkan mata anda, mata anda akan menjadi kering, terutama sekali bagi mereka yang memakai kanta sesentuh setiap hari.

5. Sakit pada sendi

Tulang rawan dan tulang belakang dihasilkan dengan 80% air. Ia adalah keperluan utama bagi membolehkan kita melangkah dan bergerak dengan baik apabila sendi-sendi pada tulang bergesel satu sama lain.

Dengan memastikan badan mengandungi air yang cukup, sendi-sendi akan dapat menyerap kejutan pada pergerakan tiba-tiba seperti berlari, melompat atau tiba-tiba terjatuh tanpa kawalan.

6. Jisim otot berkurangan

Otot anda juga terdiri dengan kandungan air. Jelas, kekurangan air dalam badan akan mengurangkan kandungan jisim pada otot.

Minum air sebelum dan selepas bersenam bukan sahaja akan dapat membuat anda berasa segar dan selesa, tetapi juga akan mengurangkan kebarangkalian mendapat bengkak dan radang serta kesakitan pada otot berkaitan senaman seperti angkat berat  dan senaman di gim.

7. Anda kekal sakit lebih lama

Minum air akan membolehkan badan anda berterusan mengeluarkan kandungan toksin dalam badan. Organ-organ dalam badan bertindak sebagai filter dari mesin yang membuang kekotoran.

Akan tetapi jika anda tidak meletak pelincir pada mesin, ia tidak akan bergerak dengan baik. Apa yang berlaku, sekiranya badan anda tidak mendapat bekalan air yang cukup, organ pada badan akan mula menarik air yang dikumpulkan seperti dari saluran darah, dan ini akan membawa masalah pada badan anda dengan sakit yang berpanjangan.

8. Anda berasa lemah dan letih

Kredit: www.councilsepa.org

Seperti di atas, badan yang kekurangan air akan meminjam kandungan air dari darah.

Kekurangan kandungan air pada darah akan menyebabkan kekurangan kandungan oksigen yang membawa kepada rasa lemah, letih dan mengantuk.

Kekurangan stamina bermakna anda akan keletihan pada hari ini dan keesokan harinya, perlu diingatkan bahawa mengganti keletihan itu dengan kopi tidak akan membantu.

9. Berasa lapar yang kerap

Apabila anda kekurangan air, badan anda akan mula berfikir untuk mendapatkan sedikit makanan. Ini akan berlaku dengan berlarutan siang dan malam, di mana anda akan bangun pada waktu malam dan mahukan makanan lewat malam.

Akan tetapi, dengan makan lebih dari yang sepatutnya akan menyebabkan badan anda bekerja lebih keras. Lain sekiranya dengan minum air yang banyak akan membersihkan organ-organ, dengan itu ini akan melancarkan proses perjalanan dalam badan dengan cara yang normal.

10. Anda akan mengalami masalah penghadaman

Mukus pada mulut dan tekak boleh membantu membran berfungsi dengan betul apabila mendapat kandungan air yang cukup, ia juga terpakai pada keseluruhan sistem penghadaman di dalam badan.

Tanpa bekalan air yang cukup, kandungan dan kekuatan mukus dalam perut akan berkurangan, menyebabkan perut menjadi berasid dan akan mendatangkan kerosakan pada sistem penghdaman. Biasanya kita panggil ini pedih ulu hati dan masalah ketidakhadaman.

11. Anda akan tua dengan cepat

Apabila kita semakin meningkat usia, kandungan air dalam badan secara semulajadi akan berkurangan. Bermakna, apabila meningkat usia, kita perlu meningkatkan pengambilan air dalam badan.

Jadi, jika kurang minum air, kita akan menjadi cepat tua dari umur yang sepatutnya. Dengan menjadi tua dari yang sepatutnya di luar, bahagian dalaman juga akan turut terjejas, menjadi tua dari umur yang sepatutnya, dikhuatiri mendapat penyakit yang biasanya dialami oleh orang yang lebih tua.

Jadi, untuk mengelakkan daripada menghadapi risiko ini, adalah penting untuk kita berterusan minum air yang mencukupi sepanjang hidup kita. Tidakkah kita mahu awet muda?

12. Setelah membaca artikel ini, fikirkan

Minumlah air sepanjang masa! Selalu mendapatkan segelas air atau sebotol air bersebelahan anda. Samada sedang bekerja, bersenam, atau bersantai di depan TV.

Jika anda membaca artikel ini, kebarangkalian ini mengenai anda. “Hmm, mungkin saya tidak minum air dengan cukup.” Jadi, jika anda fikir tidak minum air dengan cukup, tuanglah segelas air sekarang.

Jangan terlebih minum pula. Tetapi hanya jika anda tidak mendapat bekalan air mencukupi dalam badan iaitu dengan 8 gelas sehari (atau lebih). Tiada mudarat jika minum air yang lebih pun. Apabila berasa dahaga, pergilah minum air!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds