BISNES, NASIONAL

Rakyat Malaysia juga tidak dikecualikan daripada membayar Cukai Pelancongan yang berkuatkuasa 1 Ogos

Rakyat Malaysia juga tidak dikecualikan daripada membayar Cukai Pelancongan yang berkuatkuasa 1 Ogos
Cukai Pelancongan akan dikenakan bukan sahaja kepada pelancong tetapi juga rakyat Malaysia yang menginap di mana-mana premis hotel, resort atau pusat-pusat penginapan lain. (Foto: asiawebdirect)

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Ogos 2017, Cukai Pelancongan akan dikenakan bukan sahaja kepada pelancong tetapi juga rakyat Malaysia yang menginap di mana-mana premis hotel, resort atau pusat-pusat penginapan lain.

Kredit: static.asiawebdirect.com

Kadar cukai ini merupakan tambahan kepada caj perkhidmatan 10% dan GST 6% berdasarkan kepada penarafan penginapan seperti berikut:

1. Lima bintang                                            : RM20 setiap malam/bilik
2. Empat bintang                                         : RM10 setiap malam/bilik
3. Satu hingga tiga bintang                        : RM5 setiap malam/bilik
4. Satu hingga tiga orkid (hotel bajet)     : RM2.50 setiap malam/bilik
5. Penginapan tidak ditarafkan                 : RM2.50 setiap malam/bilik

Kredit: Travel 3 Sixty

Namun, bukan semua kawasan penginapan akan mengenakan cukai pelancongan kepada mana-mana pelancong yang menginap di premis mereka. Misalnya, Airbnb.

Kredit: Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Anda juga tidak akan dikenakan cukai tersebut sekiranya menginap di premis penginapan seperti yang berikut:

1. Homestay atau kampungstay yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

2. Institusi keagamaan persendirian yang tidak dikomersialkan.

3. Penginapan yang mempunyai kurang daripada 10 bilik.

4. Premis yang beroperasi di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau badan berkanun bagi menjalankan latihan, pendidikan atau penginapan yang bukan bertujuan komersial.

Hanya pusat penginapan yang berdaftar di bawah Subseksyen 31C(1) Akta Industri Pelancongan 1992 sahaja yang akan melibatkan pelaksanaan cukai tersebut.

Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia, kadar cukai yang dikenakan akan digunakan semula bagi tujuan penjanaan industri pelancongan tempatan seperti infrastruktur pembangunan, kemudahan dan juga aktiviti-aktiviti promosi serta kempen yang akan membantu mengembangkan lagi industri pelancongan negara.

Untuk maklumat lanjut dan terperinci, layari laman web rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Era Baru

Kategori:BISNES NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...