BISNES, NASIONAL

Perjanjian MoU yang ditandatangani Grab dan Perodua memberi manfaat kepada pemandu

Perjanjian MoU yang ditandatangani Grab dan Perodua memberi manfaat kepada pemandu

KUALA LUMPUR: Satu memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara Perodua dengan Grab untuk menawarkan perkhidmatan nilai tambah bagi pemandu Grab. 

Pengeluar kereta tempatan, Perodua, menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat perkhidmatan e-hailing Grab untuk menawarkan perkhidmatan nilai tambah bagi pemandu Grab

Kredit: The Edge Markets

Ketua Grab Malaysia, Sean Goh, (tiga dari kiri) bertukar dokumen dengan Pengarah Urusan Pemasaran Perodua, Dr. Zahari Husin, (dua dari kanan.)

Perjanjian MoU tersebut ditandatangani pada 31 Mei 2017 di Pusat Jualan, Servis, dan Alat Ganti (3S) Perodua di Petaling Jaya.

Perkhidmatan nilai tambah tersebut merangkumi pakej harga kenderaan yang istimewa sehinggalah kadar sewa beli yang lebih kompetitif kepada pemandu Grab

Kredit: Car Sifu

Menurut The Edge Markets, pakej harga istimewa itu merangkumi model kenderaan Bezza, Myvi, dan Alza.

Kerjasama itu juga bakal menawarkan perkhidmatan Pusat Sehentian bagi pemandu untuk membaiki kenderaan serta memperbaharui insurans dan cukai jalan kereta

Kredit: Autoworld

Ketua Negara Grab, Sean Goh, berkata syarikat itu secara terus menerus sedang mengenal pasti kerjasama dua hala untuk mengurangkan kos pemanduan dan pemilikan kereta yang merupakan antara masalah utama yang dihadapi syarikat tersebut.

“Kami berharap akan dapat bekerjasama dengan rakan kongsi kami dalam hal ini, selain memberikan akses kepada pilihan transportasi yang selamat, efisyen, dan berpatutan,” tambahnya.

Goh juga berkata, dalam keadaan ekonomi yang mencabar hari ini, ramai yang menggunakan Grab sebagai sumber pendapatan mereka sambil mencari peluang pekerjaan yang lain

Kredit: Tech Crunch

Grab mempunyai rangkaian terbesar di Malaysia dengan perkhidmatannya merangkumi 20 bandar raya utama termasuklah Langkawi, Kuching, Miri, dan Kota Bahru.

Era Baru

Kategori:BISNES NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...