KESIHATAN

Punca kaki kekejangan, bagaimana mengatasi dari berulang kembali

Punca kaki kekejangan, bagaimana mengatasi dari berulang kembali

Kita semua akan mengalami usia tua. Apabila usia melangkaui 30an, kita sudah mula merasai sakit dan sengal pada badan, tambah dirasai apabila memasuki usia 40an dan 50an.

Apabila anda merasai kekejangan otot di malam hari, terutamanya ketika waktu tidur, ini menunjukkan tanda-tanda kekejangan kaki nocturnal.

Kekejangan kaki jenis ini selalu berlaku pada bahagian bawah kaki, tetapi lebih teruk apabila menyerang bahagian peha dan tapak kaki.

Kekejangan kaki menjadi sangat menekan sehingga anda boleh terbangun dari tidur dan boleh berlarutan selama beberapa saat ke beberapa minit.

Kesakitan itu akhirnya mungkin akan hilang, tetapi biasanya kaki akan membengkak pada waktu pagi kesan kekejangan tersebut.

Kekejangan kaki biasa dikaitkan dengan sindrom kaki keletihan, tetapi ia adalah penyakit dan kesakitan yang berbeza.

Kedua-duanya berlaku ketika pada waktu tidur, akan tetapi sindrom kaki keletihan adalah penyakit berkaitan neurologi.

Apabila pesakit mengalami penyakit ini, seseorang akan berasa lemah dan tidak dapat mengawal dan menggerakkan kaki. Tetapi tidak pada seseorang yang mengalami kekejangan kaki pada waktu malam.

Kekejangan kaki biasanya dikaitkan dengan cara hidup seharian kita seperti berkedudukan dengan postur yang lemah, melakukan senaman dan berdiri pada waktu yang lama di atas lantai konkrit.

Di samping itu, kehamilan, pengambilan ubat-ubatan dan alkohol juga turut menyumbang kepada kekejangan kaki.

Jika anda mengalami kekejangan kaki, mungkin cara ini akan memulihkan dan menghalangnya dari berulang kembali:

1. Meletak pad panas pada bahagian yang terlibat

Haba yang panas pada pad tersebut dapat melegakan otot pada kaki dan dengan itu dapat meredakan kesakitan. Disarankan juga cubalah mandi dengan air panas yang suam sebelum anda  masuk tidur. 

2. Menambah potassium dan magnesium dalam diet anda

Tambahkan pengambilan potassium dan magnesium dalam diet anda.  Contohnya dengan menambah pisang dalam sarapan anda.

Makanan berasas bijirin serta susu seperti keju dan yogurt kaya dengan potassium dan magnesium. Begitu juga sayuran hijau seperti bayam, brokoli, daun selada dan kacang panjang. Atau makanan berasas ikan seperti tuna dan halibut, bersama tomato dan labu.

Amalkan pengambilan makanan dengan kandungan potassium dan magnesium yang tinggi nescaya masalah kekejangan pada kaki dapat dielakkan.

3. Memakai kasut yang sesuai

Kini di pasaran, terdapat pelbagai kasut ergonomic yang direka sesuai untuk menyokong dan membentuk tulang belakang dengan baik. Memakai kasut yang sesuai dan selesa dapat membantu kekejangan pada kaki tidak berulang.

4. Lakukan senaman kaki ketika di dalam kolam renang

Senaman di dalam air ini akan dapat mengurangkan kesakitan pada otot dan sendi anda jika dilakukan selalu dan sekerap yang boleh.

Senaman ini juga dapat menguatkan otot dan sendi pada keseluruhan badan anda, menjadi lebih cergas dan sihat. Dan kekejangan pada kaki anda mungkin tidak akan berulang lagi.

Diharap tips dan cara ini  dapat menghalang kekejangan pada kaki anda berulang lagi. Bagi kebanyakan kita, kesakitan pada kaki secara jujurnya tidak dapat dielakkan bilamana usia semakin meningkat.

Tetapi sekurang-kurangnya ia boleh dielak dan diatasi  dengan mengamal petua dan langkah-langkah pencegahan dengan baik demi mendapat kelegaan yang cepat dan kesan jangka masa panjang.

Era Baru

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...