KESIHATAN

Adakah anda menghidapi masalah buta wajah? Ambil ujian ini untuk mengetahui jika anda menghidapi ‘prosopagnosia’

Adakah anda menghidapi masalah buta wajah? Ambil ujian ini untuk mengetahui jika anda menghidapi ‘prosopagnosia’

Jangan terkejut jika Brad Pitt merupakan salah seorang daripada seribu orang menghidapi masalah ini.

Dengan mengambil ujian soal selidik dalam talian yang mudah ini, anda boleh mengetahui sama ada anda menghidapi keadaan yang dikenali sebagai ‘buta wajah’  atau prosopagnosia.

Prosopagnosia secara umumnya merujuk kepada ketidakupayaan untuk mengenali wajah, di mana terdapat 1-2% daripada populasi manusia yang menghidapi masalah ini.

Mereka yang menghidapi masalah ini bergantung kepada petunjuk seperti gaya rambut atau suara untuk mengenali dengan siapa mereka bercakap.

Bagi mengelakkan situasi yang memalukan ini daripada berlaku, banyak pendapat mengatakan yang mereka perlu mengehadkan diri daripada bersosial.

Kebelakangan ini, orang ramai telah mula memberi perhatian tentang ‘penyakit’ pelik ini, terutamanya apabila pelakon Brad Pitt sendiri mengaku menghadapi masalah ini.

Walau bagaimanapun, ramai doktor masih tidak tahu mengenainya dan ahli-ahli sains masih bergelut untuk mendokumentasikan masalah tersebut.

Penyelesaian terbaik pada masa ini adalah pesakit perlu berhubung dengan penyelidik yang berminat untuk mengkajinya dengan lebih meluas.

“Kami masih belum cukup tahu mengenainya, dan masih berada dalam peringkat awal penyelidikan.”  Kata Punit Shah, selaku ketua unit penyelidik Universiti Anglia Ruskin yang memberitahu IBTimes UK.

Shah mengetuai kajian baru-baru ini yang disiarkan dalam ‘The Quarterly Journal of Experimental Psychology’, yang menunjukkan bahawa ujian dalam talian yang direka khas untuk penghidap prosopagnosia, di mana ia membantu individu memberikan pandangan yang tepat bagi mengasah kebolehan mengenali wajah.

Adakah anda menghidapi prosopagnosia? Anda boleh mengambil ujian di sini.

Soal selidik yang ringkas ini melibatkan temu bual dengan pesakit bagi membincangkan pengalaman harian mereka menerusi teori pemprosesan muka. Ujian ini memerlukan para peserta untuk menjawab 20 ‘setuju ataupun tidak setuju’.

Dalam kajian terbaru, para saintis membandingkan skor yang diperolehi oleh pesakit prosopagnosia dengan keputusan pengecaman wajah yang mendalam menerusi komputer.

Hal ini termasuklah ujian di mana peserta perlu mengenali wajah sama daripada sudut yang berbeza atau wajah personaliti terkenal. Keadaan paling teruk adalah apabila ada di antara mereka tidak dapat mengecam wajah selebriti seperti Queen atau Barack Obama.

Para saintis berharap kajian ini berkemampuan dalam meningkatkan lagi kesedaran mengenai masalah ini, selain turut menggesa mereka yang percaya bahawa mereka menghidapi masalah tersebut untuk terlibat dalam penyelidikan.

Masih banyak yang perlu dilakukan. Shah merancang kajian ini dengan sampel yang lebih besar agar ia dapat menilai ciri-ciri penyakit ini dengan lebih teliti, selain menyiasat punca yang menyebabkan ia berlaku. Semoga satu hari nanti, kita dapat mengetahui penawar bagi mengatasi masalah ini.

Sumber: ibtimes.co.uk

Era Baru

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...