KESIHATAN

Wajib tahu! Perubahan metabolisme pada tubuh mengikut peringkat umur tertentu

Wajib tahu! Perubahan metabolisme pada tubuh mengikut peringkat umur tertentu

Adakah anda merasa tubuh anda melalui satu perubahan yang serius dan tidak lagi berfungsi seperti 10 tahun yang lalu? Misalnya, menurunkan berat badan tidak semudah 10 tahun yang lalu.

Walaupun anda mungkin tidak mahu mengakuinya, tetapi itulah hakikat yang sebenar!

Perubahan tersebut bukan sahaja berlaku disebabkan oleh faktor umur tetapi juga berlakunya penurunan kadar metabolisme tubuh setiap 10 tahun.

Ketahui lebih lanjut mengenai perubahan metabolisme pada tubuh mengikut peringkat umur tertentu di dalam artikel ini.

Menginjak usia 20-an

Kredit: 2.bp.blogspot.com

Menurut pakar berat badan, Christopher Ochner, kebanyakan wanita dalam lingkungan umur 20-an akan mengalami kadar metabolisme paling tinggi.

Walaupun ianya bergantung kepada gen setiap individu, tubuh masih berada dalam proses pembentukan tulang yang juga akan membantu membakar kalori.

Anda akan makan dengan banyak tanpa memberikan kesan yang ketara pada badan anda.

Di samping itu, anda juga mempunyai jumlah otot yang mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga dalam badan sekali gus menyebabkan anda tidak letih dan sentiasa bertenaga.

Walau bagaimanapun, sebaik anda menginjak ke usia 30-an, kadar metabolisme akan menurun tetapi tidak secara drastik.

Menginjak usia 30-an

Kredit: 4.bp.blogspot.com

Semakin bertambah usia seseorang, jumlah otot akan mula berkurang dan kemampuan tubuh untuk membakar kalori akan turut berkurangan.

Sistem tubuh dan segala proses yang berlaku akan mula bergerak secara perlahan.

Proses pencernaan, penurunan berat badan dan penghasilan hormon pertumbuhan akan terbantut.

Namun ianya boleh diatasi dengan melakukan senaman bagi membentuk otot. Pembentukan otot akan membolehkan penghasilan hormon serta meningkatkan kembali kadar metabolisme dalam badan anda.

Menginjak usia 40-an

Setelah mencapai usia 40 tahun, anda akan perasan betapa cepatnya kadar metabolisme tubuh anda menurun.

Fungsi rahim mulai menurun dan tubuh akan mula bersedia untuk menghadapi menopaus.

Pada waktu ini, penurunan hormon estrogen dan progesterone secara langsung akan menjejaskan sistem reproduksi dan kitaran haid.

Penurunan metabolisme ini juga menyebabkan badan mudah naik walaupun jumlah makanan yang diambil tetap sama seperti dahulu. Justeru untuk mengekalkan berat badan, anda harus mengurangkan pengambilan makanan sebanyak 150 kalori setiap hari.

Menjelang usia 45 tahun, anda akan kehilangan jumlah otot yang banyak.

Menginjak usia 50-an

Kebiasaannya pada peringkat umur ini, kitaran haid wanita akan berhenti sekali gus menyebabkan peningkatan berat badan yang mendadak.

Jisim otot kemudian akan digantikan dan berubah menjadi lemak. Badan pula akan memerlukan kandungan kalori yang lebih kurang berbanding dahulu.

Metabolisme berfungsi untuk membakar kalori dalam badan. Tetapi, setiap individu mempunyai kadar metabolisme yang berbeza walaupun mempunyai persamaan dari segi corak kehidupan, cara pemakanan dan aktiviti harian. Mengapa ia boleh berlaku? 

Faktor yang menyebabkan perubahan kadar metabolisme badan.

1) Kualiti dan gaya hidup

Umur yang semakin meningkat memerlukan anda bekerja dengan lebih keras. Gaya hidup yang tidak sihat di samping pengambilan makanan yang tidak seimbang harus dianggap sebagai musuh ketat anda.

Justeru, anda disarankan untuk menggantikan makanan segera dengan pilihan makanan yang lebih menyihatkan. Pengambilan sarapan adalah penting bagi membekal tenaga yang diperlukan. Dan ingat: Adalah lebih baik untuk makan secara kerap tetapi pada jumlah yang sedikit.

2) Waktu lapang

Kredit: Created by Freepik

Luangkan masa untuk beristirahat dan menikmati waktu lapang anda. Belajar untuk makan secara perlahan.

Makan dengan laju akan menyebabkan otak tidak mampu memproses rasa kenyang sekali gus membuatkan anda makan lebih banyak daripada sepatutnya sebelum anda kenyang.

Selain itu, makan dengan terlalu cepat juga akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang menyumbang kepada penurunan kadar metabolisme secara mendadak.

3) Tidur

Kredit: Created by Freepik  

Menjelang usia 30-an, sesetengah individu akan mengalami kesusahan untuk tidur. Pengambilan pil tidur adalah tidak disarankan kerana boleh menyebabkan ketagihan.

Mendapat tidur yang mencukupi adalah penting bagi kesihatan tubuh seseorang. Jika anda sukar untuk tidur, langkah ini mungkin dapat membantu anda:

  • Bersenam pada waktu petang
  • Tidak mengambil makanan berat sebelum tidur
  • Mandi dengan air panas
  • Membaca sebelum tidur

4) Cuaca

Cuaca yang panas akan menurunkan kadar metabolisme dalam badan seseorang manakala yang sebaliknya berlaku pada suhu sejuk. Tapi takkan anda perlu pergi ke luar negara semata-mata untuk meningkatkan metabolismekan? Anda boleh mencuba langkah di bawah:

  • Bersenam setiap hari terutamanya pada waktu pagi akan membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari.
  • Perbanyakkan pengambilan protein dalam diet seharian.
  • Minum air kosong secukupnya.
  • Makan dengan perlahan dan jangan sesekali tidak makan semata-mata ingin diet.
  • Tidur yang cukup.
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan dengan kerap.

Sumber: BrightSide

Era Baru

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...