GAYA HIDUP, INSPIRASI, Kebenaran

Dahulu dia seorang pencuri. Tetapi kini dia telah berubah. Lihat apa sebenarnya yang berlaku kepadanya

Dahulu dia seorang pencuri. Tetapi kini dia telah berubah. Lihat apa sebenarnya yang berlaku kepadanya

Setiap orang mempunyai kisah hidup masing-masing. Ada manis dan pahit. Cabaran yang dilalui setiap antara kita adalah berbeza.

Ada juga antara kita yang harus melalui pelbagai ujian sebelum menemukan titik kebaikan dalam diri mereka yang mungkin sudah dilupai.

Ingin tahu sebuah kisah sarat dengan pengajaran? Ini kisah sebenar perjalanan seorang lelaki di China bagaimana dia mengubah dirinya menjadi seorang insan yang lebih baik.

Ini kisahnya….

“Saya berusia 34 tahun dan tinggal berdekatan dengan Sungai Yangtze, China. Saya mencari rezeki dengan menjalankan kaunter minuman sejuk. Saya meninggalkan sekolah ketika saya berumur 15 tahun.

Datuk saya mengamalkan kepercayaan Falun Dafa. Saya pernah mengamalkan kepercayaan tersebut, tetapi saya berhenti seketika.

Ejen daripada 610 Office menculik datuk saya pada tahun 2001 kerana kepercayaannya. Mereka mengancam untuk menahan gajinya sebagai Setiausaha Parti kampung jika dia tidak meninggalkan kepercayaannya, tetapi usaha mereka sia-sia.

Selepas datuk saya mula mengamalkan kepercayaan Falun Dafa saya menyaksikan perubahan positif dalam dirinya. Beliau pernah ketagihan alkohol dan judi. Tetapi yang mengejutkan, dia berubah menjadi orang yang lebih baik selepas dia mula mengamalkan kepercayaan tersebut.

Datuk cuba untuk menjadi seorang yang baik dan tidak melakukan sebarang kesalahan, jadi saya terkejut apabila dia ditangkap.

Dengan mengetahui keadaan rasuah Parti Komunis China ditambah pula dengan penganiayaan ke atas orang yang tidak bersalah telah meyakinkan saya bahawa Falun Dafa adalah sesuatu yang bermoral dan benar.

Selepas datuk saya telah diculik, saya menyedari bahawa saya harus menghargai Dafa. Saya mula bersungguh-sungguh mengamalkan semula kepercayaan tersebut dan memupuk sifat dan nilai murni dalam diri saya sendiri. Pada ketika itu saya berumur 19 tahun.

Perubahan saya kepada insan yang lebih baik

Gambar hiasan, sumber: Facebook

Semasa saya berumur kira-kira lima atau enam tahun, saya biasa mencuri wang daripada ibu bapa dan datuk saya untuk membeli makanan ringan.

Ibu bapa saya sering memukul saya apabila mereka mendapat tahu. Tidak kira berapa keras mereka cuba untuk membetulkan tingkah laku saya, saya terus mencuri.

Semasa saya berumur 10 tahun, saya mencuri 10 yuan daripada sepupu saya yang melawat semasa Tahun Baru Cina. Apabila dia berkata bahawa wang itu telah hilang, ibu bapa saya serta-merta tahu bahawa saya telah mengambilnya.

Mereka cuba membuatkan saya mengakuinya dan mengembalikan wang kepada beliau, tetapi saya terlalu degil.

Bapa saya sangat marah ketika itu. Dia menyeksa saya dan mendesak saya untuk berhenti mencuri. Rasa sakit itu tidak dapat dilupakan, tetapi saya masih tidak berubah.

Satu hari selepas saya mula berlatih Falun Dafa, bapa saya telah saya mengambil beberapa lembangan plastik daripada bapa saudara saya.

Saya melihat seikat besar wang tunai dalam satu lembangan.

Nafsu saya melonjak. Saya tidak pernah melihat begitu banyak wang. Saya boleh lari dengan kesemua wang tersebut dan berseronok dengannya.

Tetapi saya mula sedar sebagai seorang pengamal saya tidak boleh mengambil sesuatu yang bukan milik saya. Saya bukan lagi kanak-kanak nakal.

Dalam masa yang sama saya terfikir akan sesuatu yang lain, “Tetapi wang itu begitu banyak! Bukankah ini apa yang saya impikan?” Saya tidak dapat menahan godaan dan mengambilnya lagi.

Kemudian saya teringat kata-kata dalam buku Zhuan Falun :

Anda adalah praktisi Gong, anda harus menjadi seorang yang baik, berangsur-angsur berasimilasi dengan karakter alam semesta, menghentikan hal-hal yang tidak baik dari anda. (Zhuan Falun Versi Indonesia)

Kata-kata ini mengejutkan saya dari tidur. Untuk menjadi seorang yang baik saya mesti membetulkan tingkah laku buruk saya.

Saya memberitahu diri saya, “Letakkan ia semula! Letakkannya semula sekarang! “

Sejak itu, saya tidak pernah kembali mencuri seperti yang telah saya lakukan selama 14 tahun dahulu.

Sekiranya saya tidak mengamalkan Dafa, saya telah melarikan diri dengan wang tersebut dan tidak mampu menghadapi orang-orang yang saya sayang pada hari ini.”

Sumber: Minghui.org

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...