Lalat adalah serangga yang sangat kotor. Hal ini kerana ia gemar hinggap di tempat-tempat yang kotor seperti di atas timbunan sampah, najis, sisa makanan yang telah basi dan juga bangkai haiwan yang busuk!

Tapi berapa ramai di antara kita semua mengetahui apa yang akan berlaku kepada makanan yang telah dihinggap oleh lalat?

Menurut pakar kawalan serangga, lalat membawa 200 jenis bakteria yang berbahaya. Selain itu, disebabkan lalat tidak mampu mengunyah, ia akan memuntahkan enzim pencernaan melalui air liur ke atas makanan sebelum memakannya.

Namun, bukan itu sahaja bahagian yang paling menjijikkan. Lalat juga menyebarkan kuman sebaik sahaja ia hinggap di atas makanan!

sumber: Pixabay

Kaki lalat mempunyai bulu-bulu halus yang membawa pelbagai jenis kuman dan bakteria daripada kawasan-kawasan kotor yang mereka hinggap.

Justeru, anda akan mempunyai makanan yang tercemar sebaik sahaja anda melihat lalat hinggap di atas makanan anda walaupun hanya untuk seketika waktu!

Lalat akan memuntahkan makanan untuk melembutkannya tetapi bukan itu cara yang membuatkan makanan anda tercemar.

Sumber: dailytimes

Menurut pakar kawalan serangga, Ron Harrison, “Lalat hanya perlu menyentuh makanan anda untuk beberapa saat dengan menggunakan kaki atau bulu-bulu halus pada badan mereka untuk memindahkan kuman daripada semua kekotoran yang dibawa kepada makanan anda”.

Tambah Ron lagi, “Memandangkan lalat menyebabkan penyebaran penyakit berbahaya seperti taun, cirit-birit dan juga demam kepialu, jadi adalah lebih baik jika anda boleh mengelak daripada pengambilan makanan yang telah dihinggapi lalat”.

Sebagai kesimpulannya, pastikan sebaik sahaja anda melihat lalat telah menghinggap pada makanan anda, buang sahaja bahagian yang telah disentuh tersebut.

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds