Produk-produk yang terdapat di pasar raya sememangnya bertujuan untuk memudahkan pembeli. Namun, tidak semua produk yang dibungkus tersebut adalah produk yang akan menjamin kesihatan anda.

Artikel ini akan memaparkan kepada anda 7 produk yang tidak wajar diambil dan mengapa.

1) Salad yang sudah siap dibungkus

Kredit: depositphotos

Ahli bakteriologi telah mengeluarkan amaran bahawa makanan di pasar raya yang paling berbahaya adalah salad yang telah siap dipotong dan dibungkus.

Walaupun bungkusan tersebut menyatakan bahawa produk tersebut sedia dimakan terus, namun kemungkinan bahawa ianya menjadi tempat pembiakan bakteria berbahaya adalah tinggi kerana salad tidak boleh diproses secara termal bagi menghapuskan segala bakteria tersebut.

Justeru, adalah lebih baik sekiranya anda membeli sayuran segar dan membasuhnya dengan bersih.

2) Sosej

Kredit: depositphotos 

Persatuan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) mengeluarkan kenyataan bahawa produk makanan seperti sosej, bakon dan pelbagai lagi produk daging yang diproses menjadi penyebab kepada kanser.

Nitrat yang terkandung di dalam makanan tersebut akan berubah menjadi nitrosamine dan membentuk carconigen iaitu bahan yang menghasilkan kanser pada usus anda.

Daging salai pula mengandungi benzopyrene, iaitu satu lagi bahan carcinogen. Jadi lebih baik sekiranya anda membeli sendiri daging yang segar dan memasaknya di rumah.

3) Teh hijau yang dibotolkan

Kredit: depositphotos 

Kajian terbaru menunjukkan air teh hijau di dalam botol sebenarnya tidak mengandungi sebarang khasiat daripada teh hijau.

Teh hijau terkenal dengan kandungan anti-oksida yang sememangnya baik untuk kesihatan. Tetapi bayangkan, secawan teh hijau asli mengandungi kandungan anti-oksida yang sama terdapat pada 20 botol teh hijau dalam pasaran.

Teh hijau yang telah dibotolkan mempunyai kandungan air dan gula yang tinggi daripada air berkarbonat.

4) Produk makanan dengan tambahan buah-buahan

Kredit: depositphotos  

Roti yang diisi dengan inti buah-buahan dan juga produk tenusu seperti yogurt mungkin kelihatan enak dimakan tetapi inti buah-buahan di dalamnya diperbuat daripada bahan pengawet, perasa dan juga bahan pemekat yang membantu menghalang produk tersebut daripada mudah rosak.

Pihak pengilang turut mengakui kandungan buah-buahan sebenar pada produk mereka hanyalah meliputi sebanyak 20-40%.

5) Mayonis

Kredit: depositphotos

Mayonis diperbuat daripada telur, cuka, minyak sayuran dan juga rempah. Namun, selain bahan-bahan ini, produk mayonis di pasaran turut mengandungi bahan pengawet, pewarna makanan dan juga bahan penstabil.

Misalnya, mayonis yang ‘ringan’ mengandungi kurang lemak iaitu sebanyak 35% berbanding 50% tetapi bagi tujuan mengekalkan rasa dan kepekatannya, bahan kanji dan gula ditambah pada produk tersebut.

Hal ini menyebabkan jumlah kalori pada produk tersebut adalah sama seperti produk mayonis dengan kandungan lemak asal. Walau bagaimanapun, mayonis adalah tetap satu produk yang tidak sihat tetapi adalah lebih baik untuk anda menyediakannya sendiri di rumah.

6) Rempah yang telah dikisar

Kredit: depositphotos 

Rempah ratus yang telah dikisar dicampurkan bersama bahan tambahan yang lebih murah. Misalnya, cassia yang lebih murah dan mempunyai bau yang sama dijual bagi menggantikan kayu manis. Oleh demikian, kisar sahaja rempah anda sendiri. Kualiti pun terjamin.

7) Roti

Kredit: depositphotos

Produk roti di pasar raya mengandungi tepung bleached yang telah diproses dengan bahan kimia seperti benzoyl peroxide di mana bahan ini juga digunakan untuk membuat kesan letupan seperti yang anda lihat di dalam filem.

Dengan bahan tersebut, tepung boleh bertahan dengan lebih lama dan selamat daripada serangan serangga. Di samping itu, doh roti tersebut juga mempunyai agen rawatan seperti penguat doh, peningkat rasa, bahan penganjal dan sebagainya yang akan meningkatkan kualiti doh selain melanjutkan tarikh luputnya.

Tetapi satu persoalan yang timbul, adakah badan kita memerlukan kesemua bahan kimia tersebut?

Sumber: Bright Side

Era Baru

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds