Astronomi, SAINS & TEKNOLOGI

Ketulan besi terbesar di muka bumi dijumpai oleh petani!

Ketulan besi terbesar di muka bumi dijumpai oleh petani!

Meteorit merupakan ketulan besi terbesar di atas bumi dan antara meteorit terbesar yang pernah dijumpai dalam satu ketulan adalah meteorit Hoba yang ditemui pada 1920 oleh seorang petani berdekatan Grootfontein di bahagian Otjozondjupa, Namibia.

Jacobus Hermanus Brits sedang melakukan kerja-kerja membajak di ladangnya dan terdengar bunyi logam yang sedang bergesel.

Sejurus selepas meteorit seberat 66 tan itu ditemui, ia menarik perhatian ramai sainstis. Malah, disebabkan jisimnya yang besar, meteorit Hoba tidak pernah dialihkan dari tempat ia jatuh.

Para saintis percaya bahawa pelanggaran meteorit tersebut berlaku kira-kira 80,000 tahun lalu. Apa yang lebih menarik, meteorit tersebut jatuh tanpa meninggalkan sebarang kawah pada permukaan bumi.

Saintis menyimpulkan bahawa atmosphere bumi telah memperlahankan halaju meteorit tersebut kira-kira 320 m/s dan menyebabkan kurangnya penghakisan meteorit tersebut.

Meteorit Hoba masih lagi memegang rekod besi terbesar yang pernah ditemui di permukaan bumi di mana ia mengandungi 84% besi dan 16% nikel dan juga sedikit kesan kobalt.

Malah, disebabkan faktor cuaca, proses pengaratan turut berlaku. Tambahan lagi, disebabkan oleh penyampelan saintifik, hakisan dan vandalisme, jisim meteorit tersebut kini cuma tinggal 60 ton sahaja.

Pada tahun 1954, muzium sejarah yang mengumpulkan bahan-bahan semula jadi di Amerika mahu membeli meteorit tersebut namun ditolak.

Maka, pada tahun 1955, meteorit Hoba diisytiharkan sebagai monumen negara dan menjadi tarikan pelancong saban tahun.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...