INSPIRASI, Kebenaran

Mangsa penindasan kem buruh paksa, ‘Encik Zhang’ kini bebas

Mangsa penindasan kem buruh paksa, ‘Encik Zhang’ kini bebas

Sun Yi telah meninggalkan tanah airnya China pada 6 Disember 2016. Sun Yi, atau lebih dikenali sebagai ‘Encik Zhang’ akhirnya boleh mendedahkan identitinya.

Selepas 15 tahun terseksa dan dikurung dalam kem buruh paksa, dia akhirnya seorang manusia bebas.

Sun Yi di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing

Untitled

Kredit: Sun Yi/theepochtimes

Kisah Sun Yi ini bukan lagi perkara asing dalam kalangan masyarakat China.

Sun menjadi sasaran pihak kerajaan kerana merupakan ahli Falun Gong, sebuah ajaran yang menekankan prinsip Sejati, Baik , dan Sabar.

Pada 20hb Julai 1999, bekas presiden Parti Komunis China (PKC), Jiang Zemin memulakan penindasan terhadap pelatih-pelatih Falun Gong di negara China atas dasar syak wasangka dan perasaan cemburu.

Sebelum dihantar ke kem buruh paksa Masanjia, dia telah pun dibuang kerja, dipenjarakan dan ditangkap selama beberapa kali.

131106025216-china-halloween-2-story-top

Kredit: CNN

Namun begitu, Sun dianggap agak bertuah kerana kebanyakan ahli Falun Gong menerima nasib yang lebih buruk. Contohnya, mereka menjadi mangsa pemindahan organ secara haram.

Nasib yang tidak disangka-sangka, sekeping surat yang ditulis dan dimasukkan ke dalam satu set permainan oleh Sun sewaktu dia berada di dalam kem buruh paksa Masanjia , telah dijumpai oleh Julia Keith yang tinggal berbatu-batu jauhnya di Oregon, Amerika Syarikat.

Sun meminta penerima surat itu untuk melaporkan keadaan di kem buruh paksa itu kepada pihak yang boleh membantu. Sejak mengumumkan perihal surat itu, isu penindasan dan kekejaman yang berlaku di Masanjia telah mendapat perhatian media antarabangsa.

Walau bagaimanapun, hal ini telah memberi impak yang buruk kepada Sun.

Sun pada ketika itu sudahpun dibebaskan daripada kem buruh paksa. Namun, pendedahan yang dilakukan oleh Sun itu menjadikan dia sebagai sasaran pihak kerajaan. Selepas berjaya bersembunyi selama beberapa tahun, dia telah dikesan oleh pihak kerajaan pada April 2016.

Menurut Sun, kebanyakan pengikut ajaran Falun Gong yang berhubung dengannya telah ditangkap. Oleh itu, dia terpaksa meninggalkan China kerana dia tahu, terdapat beberapa pihak yang ingin menangkapnya.

‘Saya tidak boleh pulang ke rumah. Sudah sembilan tahun saya berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.’

Menurutnya lagi, isterinya sangat risaukan keadaannya. Disebabkan dia sentiasa di bawah pemerhatian dari pihak tertentu, ianya menjadi sukar untuk berkomunikasi dengan isterinya. Kadangkala dia hanya menyampaikan mesej secara dalam talian.

‘Kami tidak boleh berbual dan berkomunikasi seperti pasangan lain,’ kata Sun.

Sebelum meninggalkan negaranya, Sun sebenarnya telah ditahan untuk proses pembicaraan di Mahkamah Beijing Tongzhou. Walau bagaimanapun, dia telah dibebaskan atas sebab tertentu.

Sejurus selepas itu, dia tekad meninggalkan China, walaupun masih ada beberapa risiko kerana namanya sudah di dalam senarai hitam.

Kini, Sun jauh dari rumahnya tetapi dia lebih bebas. Pada 7 Mac yang lalu, Sun telah bertemu dengan Julia Keith di Jakarta.

Sun berkata, dia telah berjaya melepaskan diri daripada China. Tetapi, dia masih mengenangkan nasib pengamal-pengamal ajaran itu . Ada yang masih dipenjarakan, dan ada yang bakal dipenjarakan.

Kem buruh paksa di China telah dihapuskan  pada tahun 2013.

Namun, pemerhati hak asasi manusia antarabangsa telah mengenal pasti bahawa rejim itu beralih menggunakan penjara, pusat tahanan, pusat kesihatan mental dan penjara tidak sah untuk tujuan yang sama.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI Kebenaran

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...