INSPIRASI, Kebenaran, VIDEO

【Video】Wanita menemui surat meminta bantuan dalam alat permainan, mendedahkan isu penindasan di kem buruh paksa

【Video】Wanita menemui surat meminta bantuan dalam alat permainan, mendedahkan isu penindasan di kem buruh paksa

Julia Keith, seperti jutaan penduduk Amerika Syarikat yang lain, sedang menghias rumahnya menjelang sambutan Halloween.

autumn-20461_960_720

Namun, apa yang dijumpai dalam salah satu set permainan yang dibelinya di pasaraya Kmart berdekatan pada tahun 2012 telah mengubah segala-galanya.

Di dalam set permainan ‘Totally Ghoul’ yang dibelinya, dia menjumpai sekeping surat yang ditulis dengan panjang.

Surat itu yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan Cina, penulisnya telah menceritakan tentang pelbagai jenis penderaan dan penindasan yang terpaksa ditempuh untuk menyiapkan produk itu.

Seluruh proses pembuatan produk ini telah beroperasi di kem buruh paksa Masanjia (Masanjia Labor Camp), China.

47418_4430002119663_358009139_n

Kredit: Julie Keith/ Facebook

Surat itu berbunyi:

‘Tuan, sekiranya anda membeli produk ini, sila hantarkan surat ini kepada World Human Right Organization (organisasi hak asasi manusia). Ribuan orang yang dipenjarakan di bawah kerajaan Parti Komunis China akan sangat menghargai tindakan anda’.

Keith, yang sangat terkejut tatkala mendapat surat itu, cuba mengkaji sama ada ianya benar atau tidak.

Apabila dia mendapat tahu bahawa sememangnya masih ada kem buruh paksa yang beroperasi di China, dia segera mengambil tindakan.

Kisah ini telah mendapat perhatian media antarabangsa.

Atas bantuan pihak CNN, mereka telah berjaya mengesan penulis surat ini. Penulisnya, yang disembunyikan identiti sebenar dan digelar sebagai Encik Zhang merupakan seorang individu yang ditahan dalam kem buruh paksa Masanjia pada tahun 2008.

cnnmasanjialabour

Kredit: CNN Video

article-2490852-194192E800000578-267_634x394

Kredit: CNN

Encik Zhang dipenjarakan disebabkan beliau merupakan pengamal kepercayaan spiritual Falun Gong. Falun Gong merupakan satu ajaran berdasarkan sifat kejujuran dan toleransi yang menjadi popular pada tahun 1990-an.

Walau bagaimanapun, disebabkan populariti ajaran ini melebihi populariti ajaran komunisme, Falun Gong telah diarahkan untuk dihapuskan oleh ketua Parti Komunis China pada ketika itu.

falungongintro

Encik Zhang telah ditahan pada tahun 2009 dan dipenjarakan selama dua setengah tahun di kem buruh paksa Masanjia di China.

Di Masanjia, dia telah dikerah untuk melakukan kerja buruh.

Untuk menyelamatkan diri, dan mengumumkan tentang kekejaman yang sedang berlaku, dia telah meletakkan lebih 20 keping surat bagi setiap alat permainan atau hiasan Halloween yang sedang dia proses.

Ini dengan harapan supaya salah satu daripada suratnya sampai kepada mana-mana pihak. Beginilah bagaimana surat itu telah sampai ke tangan Keith, beberapa tahun kemudian.

“Keadaan di dalam sana sangat sukar. Ianya tidak dapat dibayangkan. Mereka jatuhkan maruah anda dan malukan anda,” terang Encik Zhang apabila ditanya tentang keadaan di dalam kem.

Selain itu, Encik Zhang turut menceritakan bagaimana di dalam kem itu, banduan bukan sahaja dipaksa menjadi buruh tetapi dipukul dan diseksa. Sesetengah perkara yang dikenakan terhadapnya terlalu kejam untuk dibayangkan.

a3-22-450x259

Kem buruh paksa ini bukan satu perkara biasa lagi di China. Ianya memang terkenal sebagai pusat untuk menyembunyikan golongan yang dianggap ‘pencetus masalah’, aktivis dan semestinya, ahli-ahli Falun Gong.

Kini, Encik Zhang sudahpun mengakhiri tempoh pemenjaraannya di Masanjia dan tinggal di Beijing. Namun, kejadian di kem itu masih segar di dalam ingatan.

Apabila dia mendapati surat tulisannya pernah sampai ke tangan Keith, dia benar-benar terkejut. Dia kemudiannya telah menulis surat baru kepada Keith, mengucapkan rasa terima kasih kepadanya. Tindakan Keith yang membawa perhatian kepada surat yang diterimanya itu ternyata sangat membantu mereka yang ditindas.

Selepas apa yang berlaku, Keith menyatakan bahawa dia lebih berhati-hati dalam membeli barangan. Dia memeriksa label barangan dan cuba untuk tidak membeli apa-apa barang yang dibuat di China.

Era Baru

Baca lanjut: Mangsa penindasan kem buruh paksa, ‘Encik Zhang’ kini bebas

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...