Kenapa? Ketahuinya sebabnya disini.

Selepas ibu bersalin, menjadi perkara biasa para ibu memakai stokin untuk mengekalkan haba di badannya bagi menjaga sistem dalam badan.

Namun demikian, akibat kemajuan teknologi, pantang larang ketika bersalin sering dipandang ringan lebih-lebih lagi menggunakan pendingin hawa ketika tidur.

Ramai tidak sedar, penjagaan ketika bersalin perlu dipandang berat kerana hal-hal ini akan menentukan kesihatan tubuh badan si ibu pada masa hadapan.

Ikuti nasihat yang bermanfaat ini oleh Puan Siti Aisyah, Juruurut Bertauliah dan Perbidanan Warisan Melayu Lama.

Tidur dalam bilik sambil membuka penghawa dingin walaupun 25 suhu sahaja dikira sejuk.

1

Walaupun ibu memakai stokin, menutup kepala, dan memakai baju yang tebal tidak akan menghalang kesejukan masuk ke dalam badan.

xx2453783354

Ibu-ibu yang sering menggunakan penghawa dingin berisiko mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti bentan urat (demam mengigil satu badan), meroyan urat (sakit-sakit sendi), dan meroyan bulu (mudah rasa sejuk) selepas bersalin.

Sebagai ibu, anda perlulah berkorban untuk tidur di tempat tanpa membuka pendingin hawa selama 44 hari.

f42454583

Selepas 44 hari, badan akan menjadi lebih sihat dan segar untuk melakukan pelbagai aktiviti.

Suami perlu memberi sokongan penuh kepada isteri. Temanlah isteri anda jangan membiarkan dia tidur keseorangan dengan membuka kipas paling perlahan.

Suami perlu menghormati dan menjaga isteri dengan lebih perhatian ketika berpantang demi keharmonian rumah tangga.

Buat ibu-ibu muda, persiapkan diri anda dengan kipas tangan. Jangan biarkan badan anda berada dalam kesejukan.

Jika badan anda mulai sakit ketika berpantang, kos rawatannya sangat mahal.

Anda juga akan tua lebih awal jika tidak menjaga pantang dengan sebaik mungkin.

Untuk info lanjut, anda boleh melawat Facebook milik Puan Siti Aisyah.

sumber: siakapkeli.my

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds