GAYA HIDUP, KESIHATAN

Nikmati perkhidmatan kelas pertama di hospital dengan menderma darah!

Nikmati perkhidmatan kelas pertama di hospital dengan menderma darah!

Di negara kita, aktiviti menderma darah masih kurang dan hospital juga semakin memerlukan darah daripada orang ramai.

Antara sebab ramai tidak menderma darah ialah tiada masa, rasa tiada keperluan dan juga takut dengan jarum suntikan.

Namun demikian, jika anda mengetahui kebaikan yang anda perolehi daripada menderma darah pasti akan mengejutkan anda.

Apakah manfaat yang boleh kita dapat daripada menderma darah?

Ayuh, teruskan pembacaan.

1. Mengurangkan berat badan

lost-weight

Daripada membuang wang membeli pelbagai ubat-ubatan kurus yang memberi kesan sampingan kepada kesihatan, lebih baik anda mendermakan darah. 

Setiap kali anda menderma darah, sebanyak 650 kalori badan akan terbakar dan akan menghilangkan satu paun berat setiap satu paket darah yang diderma.

2. Buang yang keruh, ambil yang jernih

Apabila kita mendermakan darah, kita akan kehilangan sel-sel darah merah. Proses ini akan memaksa sum-sum tulang untuk menghasilkan darah yang baru bagi menggantikandarah  yang lama.

Selepas proses ini, badan anda akan menjadi lebih segar, lebih baik dan produktif untuk menjalani kehidupan. 

3. Mengurangkan Risiko kanser

Dalam negara kita, saban tahun pesakit kanser kian bertambah.  Pengambilan makanan yang tidak sihat dan terdedah kepada pencemaran antara penyebab seseorang diserang kanser.

Namun demikian, risiko kanser dapat diminimumkan dengan mendermakan darah secara konsisten. Antara risiko kanser yang dapat dikurangkan ialah kanser paru-paru, kanser hati, kanser kolon, dan kanser tekak.

Siapa yang tidak mahu mengurangkan risiko kanser, bukan? Malah, kaedah ini percuma!

4. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

darah2

Peningkatan zat besi merupakan penyumbang kepada serangan jantung, strok, dan percepatan proses penuaan.

Namun demikian, menderma darah dengan kerap akan membantu menyeimbangkan jumlah zat besi dalam badan.

Risiko untuk terkena serangan jantung menurun sehingga 88% jika anda mendermakan darah setiap tahun.

5. Mendapat layanan kelas pertama di hospital kerajaan

Bagi penderma darah di Pusat Darah Negara atau mana-mana Tabung Darah di hospital kerajaan, anda boleh menikmati pelbagai keistimewaan.

Lihat jadual dibawah, supaya akan bersemangat mendermakan darah selepas ini!

darah5

darah4

(info lanjut dan sumber: http://pdn.gov.my/pdn/index.php?option=com_content&view=article&id=91%3Akeistimewaan-penderma-darah&catid=34%3Arandom-posts&Itemid=168&lang=en )

Oleh itu, tunggu apa lagi? Sekali anda mendermakan darah nikmatnya sepanjang hayat!

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...