663,000 pelajar belum membayar PTPTN, 19% telah disenarai hitam Era Baru Ed 28/03/2017 tweet 663,000 pelajar belum membayar PTPTN, 19% telah disenarai hitam. (Facebook PTPTN) Related Posts Seorang lelaki di Ampang terkejut apabila bil air rumahnya mencanak hampir RM4,300! Biar betul! Kemalangan trampolin paling epik! Memang seronok dapat melompat tapi silap langkah habislah anda… KKM: Dua produk sardin dalam tin keluaran syarikat China ditarik balik kerana mengandungi cacing mati Seorang pelancong Taiwan terlantar di hospital setelah menjadi mangsa ragut berdekatan Masjid Negara Detik cemas polis bantuan terjun jambatan demi menyelamatkan seorang wanita yang cuba bunuh diri Share this on WhatsAppKUALA LUMPUR – Adakah anda salah seorang individu yang meminjam daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)? Jika ya, sudahkah anda membayar hutang pinjaman anda? Jika belum, anda mungkin termasuk di dalam senarai 663,000 orang yang belum membayar pinjaman PTPTN mereka. Bagi sesiapa yang mengingkar peraturan bagi pinjaman PTPTN, Pengarah PTPTN iaitu Shamsul Anuar Nasarah telah mengambil keputusan untuk menyenarai hitam mana-mana individu yang didapati gagal membayar semula hutang mereka. Membayar semula hutang adalah merupakan tanggungjawab anda. Jika gagal berbuat demikian, anda akan menjejaskan generasi muda untuk mendapatkan pinjaman PTPTN bagi melanjutkan pelajaran mereka. Shamsul berkata, “Sejak PTPTN dilancarkan pada 1997, sejumlah RM48.7 bilion telah diperuntukkan untuk pinjaman pelajar. Sehingga kini, kami sepatutnya telah mendapatkan semula RM18.8 bilion tetapi kami hanya berjaya mengumpulkan sebanyak RM10.8 bilion. Hal ini menunjukkan terdapat banyak tunggakan oleh peminjam. Berdasarkan kepada rekod, seramai 663,000 pelajar dengan hutang sebanyak RM4.7 bilion masih belum membayar hutang mereka.” Pihak PTPTN turut menyatakan bahawa daripada senarai 663,000 orang pelajar tersebut, hanya 19% telah disenarai hitam. Sebagai satu usaha untuk membantu para pelajar yang mungkin tidak tahu bagaimana hendak membayar semula hutang mereka, Shamsul telah melancarkan kempen #BolehBincang untuk menggalakkan mereka ke PTPTN dan berunding tentang terma-terma pembayaran. Tambah Shamsul lagi, “Peminjam boleh berhubung dengan PTPTN secara lebih mudah dan cepat melalui pelbagai saluran untuk membincangkan bagaimana mereka boleh menyelesaikan hutang termasuklah menukarkan pinjaman konvensional kepada ‘ujrah’. Kami sedar bahawa terdapat peminjam yang ingin membayar hutang mereka tetapi tidak tahu bagaimana. Kami sentiasa terbuka untuk sebarang rundingan”. Malah, sekiranya anda belum membuat sebarang pembayaran semula pinjaman PTPTN, anda akan disekat daripada membuat perjalanan ke luar negara. Tapi jangan risau kerana terdapat kaunter 24 jam di KLIA2 yang membolehkan anda menyelesaikan hutang dan menyambung perjalanan anda. Sekiranya anda masih mempunyai baki hutang PTPTN, terdapat beberapa info yang perlu anda ketahui: 1. Mohon pembayaran semula pinjaman di mana-mana pejabat PTPTN 2. Sehingga 31 Disember 2017, terdapat sebanyak 15% diskaun sekiranya anda melangsaikan pinjaman penuh anda dan 10% diskaun sekiranya anda melangsaikan 50% daripada jumlah pinjaman 3. Anda juga boleh mendapatkan10% diskaun sekiranya memohon untuk membuat potongan daripada gaji anda atau pun debit terus daripada akaun bank anda. Jadi apa tunggu lagi, selesaikan hutang anda dengan segera sebelum anda disenarai hitam! Era Baru Share this on WhatsApp tweet Kategori:NASIONAL Pendidikan ANDA JUGA MUNGKIN SUKA Seorang lelaki di Ampang terkejut apabila bil air rumahnya mencanak hampir RM4,300! Biar betul! Lelaki ini ‘hilang’ selama 40 tahun. Kemudian, satu video yang tular berjaya menyatukan semula lelaki ini dengan keluarganya Rakaman CCTV seorang penghantar makanan guna taktik licik untuk curi iPhone pemilik restoran Anjing keliru mengapa ia ‘ditahan’ polis kerana cuba menyerang seekor rusa. Lihat muka tidak bersalah itu… Kisah akan sentiasa diingati walaupun mereka telah tiada. Bagaimana kehidupan mangsa yang terselamat selepas tragedi Titanic? Pilihan Editor Seorang lelaki yang tidak dikenali membantu wanita ini mengawal dua orang anaknya yang tidak terkawal di dalam kapal terbang Ibu yang kreatif ini pandai menguruskan 5 orang anak perempuan kembarnya yang sangat comel Mahu untung lebih, kilang kopi Vietnam guna bateri terpakai, kotoran dan habuk sebagai ramuan Wajah bakal bapa sebelum dan selepas kelahiran bayi tersayang. Begini rupanya perasaan mereka… Semasa berjalan di kawasan perlombongan, lelaki ini telah menyepak batu dan terkejut setelah melihat rupa sebenar batu itu! Kanak-kanak berusia 7 tahun ini terpaksa membawa adik lelakinya yang berusia 1 tahun ke kelas kerana dia tidak mahu ponteng sekolah 2017-03-28 Era Baru Ed