KESIHATAN

Makanan untuk mencegah penyakit jantung

Makanan untuk mencegah penyakit jantung

Jantung merupakan organ yang paling penting bagi manusia. Namun, kita seringkali mengabaikan kesihatan jantung dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat. Tambahan di Malaysia, masyarakat sangat menggemarkan makanan yang tidak sihat dan berminyak yang menjadi penyumbang kepada peningkatan kadar kolestrol dalam badan sekali gus menghalang jantung daripada berfungsi dengan baik.

Justeru, kami di Era Baru akan membekalkan anda dengan 14 senarai makanan yang boleh meningkatkan kesihatan anda dan mengurangkan risiko serangan jantung pada masa akan datang.

1 – Ikan berlemak

Picture2Ikan yang mempunyai banyak kandungan lemak seperti salmon, ikan tenggiri, ikan hering, ikan haddock dan pelbagai lain ikan lain boleh membantu mengurangkan risiko arrhythmia dan atherosclerosis. Amalkan 2-3 kali seminggu.

2 – Bijirin

Picture3Bijirin sangat kaya dengan serat dan berfungsi dalam menyerap kolestrol-kolestrol ‘jahat’ serta meningkatkan sistem penghadaman. Bijirin yang kasar adalah makanan yang terbaik untuk mengurangkan penyakit jantung.

3 – Buah beri

Picture4Buah-buahan beri seperti strawberi dan beri biru baik untuk mengurangkan tekanan darah dan mengembangkan lagi saluran darah dalam badan.

4 – Coklat gelap (yang mengandungi 60%-70% koko)

Picture5Membantu menstabilkan tekanan darah, mengelakkan darah beku dan melawan keradangan.

5 – Kekacang

Picture6Mengandungi serat protein yang membantu jantung. Di samping itu, kekacang juga kaya dengan vitamin E yang membantu mengurangkan kadar kolestrol ‘jahat’ dalam badan.

6 – Minyak zaitun dara

Picture7Hanya beberapa sudu sehari akan membantu mengurangkan kadar kolestrol dan gula dalam badan.

7 – Teh hijau

Picture8Secawan teh hijau setiap hari akan menghentikan pembentukan kolestrol. Selain itu, teh hijau juga mampu meningkatkan kadar metabolisme serta membantu anda mengurangkan berat badan.

8 – Sayur brokoli dan bayam

Picture9Mengandungi vitamin, mineral, serat dan anti-oksida yang tinggi, sayuran ini akan mengaktifkan jantung anda dan menstabilkan tekanan darah.

9 – Avocado

Picture10Buah ini kaya dengan lemak yang sangat baik dan berfungsi untuk mengurangkan kadar kolestrol serta membersihkan pembuluh darah.

10 –  Buah delima

Picture11Buah ini mengandungi anti-oksida yang membantu mengurangkan tekanan darah dan menstabilkan pengaliran darah di samping meningkatkan kadar hemoglobin.

11- Kayu manis

Picture12Melawan penyakit berkaitan jantung dan atherosclerosis. Ia juga boleh meningkatkan kadar metabolisme badan sekali gus mengurangkan berat badan.

12 – Tembikai

Picture13Mengandungi kandungan anti-oksida yang tinggi dan memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.

13 – Bawang putih

Picture15Mengembangkan saluran darah, mengurangkan tekanan darah, melegakan vasoconstriction dan menghalang pembentukan plak atherosclerotic.

14 – Epal dan pir

Picture16Kaya dengan kandungan serat yang membantu perjalanan darah. Kedua-dua buah ini adalah pengganti buah delima yang lebih murah dan mudah didapati.

Era Baru

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...