KESIHATAN

Bagaimana individu buta warna melihat dunia?

Bagaimana individu buta warna melihat dunia?

Menurut laman sesawang color-blindness.com, lebih kurang 0.5% daripada populasi wanita dan 8% daripada populasi lelaki di seluruh dunia menghidap masalah buta warna.

Masalah buta warna dibahagi kepada beberapa jenis. Di sini, kami bandingkan visi individu normal dengan visi individu yang menghidap masalah buta warna. Oleh sebab pecahan masalah mata ini terlalu luas, hanya beberapa jenis kategori buta warna sahaja yang dapat digunakan sebagai perbandingan pada rencana ini.

Individu yang mempunyai daya penglihatan normal dapat membezakan warna seperti yang dilihat pada rajah di bawah.

warna1

Sumber: © colors.finefix   © color-blindness  

Antara jenis rabun warna yang biasa ditemui ialah Deuteranomalia. Dianggarkan 4.63% daripada populasi lelaki menghidapnya, dan kebanyakan daripada mereka tidak menyedarinya. Penghidap Deuteranomalia mempunyai masalah melihat warna hijau dan merah seperti yang boleh dilihat pada rajah di bawah.

warna2

Sumber: © colors.finefix   © color-blindness  

Protanopia pula ditemui pada lebih kurang 1.3% daripada populasi lelaki di seluruh dunia. Warna hijau dan merah kelihatan pudar sementara biru dan kuning kekal kelihatan seperti warna asalnya.

warna3

Sumber: © colors.finefix   © color-blindness  

Masalah Tritanopia juga jarang ditemui. Penghidap masalah buta warna kategori ini melihat dunia dalam tona hijau kemerah jambuan.

eye1

Sumber: © colors.finefix   © color-blindness  

Masalah buta warna menyeluruh ada direkodkan, tetapi jumlah penghidapnya sangat kecil iaitu sebanyak 0.00003% daripada penduduk dunia yang mengalaminya.

eye2

Sumber: © colors.finefix   © color-blindness

eye3

Sumber: © weheartit   © color-blindness  

eye7

Sumber: © ktsdesign/depositphotos   © color-blindness  

eye8

Sumber: © pepsi   © color-blindness  

eye9

Sumber: © twitter   © color-blindness  

eye10

Sumber: © tcdailyplanet   © color-blindness  

eye11

Sumber: © vogue   © color-blindness   

Sumber: brightside.me

Era Baru

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...