INSPIRASI, VIDEO

Keberanian seorang ibu berlawan dengan dua penjenayah demi keselamatan anaknya

Keberanian seorang ibu berlawan dengan dua penjenayah demi keselamatan anaknya

Angie Padron sedang mengisi minyak seperti kebiasaan di sebuah stesen minyak yang terletak di daerah Hialeah, Florida.

Namun apa yang terjadi kali ini adalah sesuatu yang tidak pernah terjadi sepanjang hidup Angie dan mungkin akan menjadi peristiwa yang tidak boleh dilupakannya.

Melalui rakaman CCTV, ketika sedang mengisi minyak, dua lelaki bersenjata meluru ke kenderaan milik Angie. Seorang daripadanya telah masuk ke tempat duduk pemandu dan seorang lagi penjenayah sedang dalam cubaan untuk memecahkan tingkap kereta.

car3

Melihat kejadian yang berlaku secara tiba-tiba, Angie menjerit kepada kedua-dua lelaki tersebut dan meminta mereka berhenti melakukan perkara tersebut namun tidak diendahkan. Apa yang meningkatkan lagi kerisauan Angie adalah, anak-anaknya turut berada di dalam kereta tersebut.

car2

Bertindak atas dasar untuk menyelamatkan anaknya, Angie masuk ke bahagian pemandu untuk menghentikan keretanya daripada dicuri dan hilang bersama-sama dengan anaknya.

Dia menarik topeng penjenayah tersebut sehingga terjatuh daripada kereta, kedua-dua penjenayah kemudian memutuskan untuk membatalkan rancangan mereka dan melarikan diri dari tempat kejadian.

car1

Menurut Angie, dia langsung tidak berfikir tentang kemungkinan penjenayah-penjenayah tersebut membawa senjata atau apa yang mereka akan lakukan kepadanya. Dia hanya mahu anak-anaknya selamat dan tidak dilarikan.

Lihat video insiden berkenaan dan kongsikan pendapat anda.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...