Sememangnya ramai pengguna memilih memandu kereta transmisi automatik daripada kereta transmisi manual kerana lebih mudah dan selesa.

Walaupun harganya lebih mahal daripada kereta jenis manual, ternyata kereta transmisi automatik tetap menjadi pilihan utama tidak kira lelaki ataupun wanita.

Namun demikian, sebagai pengguna anda perlu mengetahui beberapa tips untuk penjagaan kereta anda.

Ayuh, ikuti tips ini.

Panduan ini merupakan perkongsian oleh Jason Fenske dalam satu video di Youtube.

333302

Anda juga boleh mengikuti pelbagai tips oleh beliau dalam saluran Engineering Explained

1. Jangan turun bukit dalam keadaan gear “Neutral

1drive-downhill

Ramai pemandu meletakkan gear dalam keadaan “Neutral” atas alasan untuk menjimatkan minyak.

Walaupun alasan ini boleh diterima, tetapi sistem enjin terkini mempunyai kaedah alternatif bagi menjimatkan minyak.

Perkara ini juga berbahaya kerana kereta anda berisiko hilang kawalan ketika ingin memandu.

2. Jangan menukar arah tanpa berhenti seketika

2reverse-park

Sekiranya anda ingin menukar arah sama ada ke hadapan atau ke belakang, anda perlulah tekan brek seketika.

Jika anda menukar arah tanpa berhenti sepenuhnya, keadaan ini memberi tekanan kepada sistem transmisi yang terpaksa berperanan sebagai brek.

Akibatnya, sistem transmisi kereta anda boleh rosak.

3. Jangan tekan minyak ketika gear “Neutral” dan terus memecut laju

5Screen Shot 2016-03-13 at 1.32.54 AM

Tabiat menekan pedal minyak ketika gear “neutral” dan kemudian menukar kepada “drive” boleh menghauskan sistem transmisi.

Sekiranya sistem transmisi rosak, harganya sangat tinggi untuk digantikan.

4. Gunakan brek untuk menunggu lampu isyarat merah, bukan gunakan gear “neutral

4Traffic-light--red-light-jpg

Ketika menunggu lampu isyarat yang sedang merah, Fenske menasihati para pemandu untuk menekan brek sahaja.

Menurut beliau, pemanduan menjadi lebih mudah untuk bergerak berbanding dengan gear “neutral”.

Namun demikian, terpulang kepada pemandu untuk menekan brek atau menukar gear kepada “neutral”.

Lenguh juga kaki jika menekan brek pada tempoh yang lama ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

5. Jangan ubah gear kepada keadaan “Parking” jika belum memberhentikan kereta anda

Jika ingin menukar gear kepada “Parking”, pastikan kereta anda betul-betul berhenti dan memarkir di kawasan yang betul.

Sekiranya diletakkan awal sebelum kereta anda berhenti, hal ini akan merosakkan bahagian pin pengunci yang mengunci sistem transmisi kereta daripada bergerak.

Sekian sahaja tips-tips yang amat bermanfaat untuk anda.

Kepada semua pemandu tidak kira pengguna kereta manual atau automatik, jagalah kereta anda sebaik mungkin supaya boleh mengelak daripada sebarang kemalangan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds