Bagi setiap pasangan yang berkahwin, sudah tentu memasang hajat untuk mendapat cahaya mata. Walaubagaimanapun, nasib setiap pasangan berbeza-beza.

Ada yang tidak perlu menanti lama, namun ada juga yang terpaksa menanti bertahun-tahun lamanya. Bagi Puan Eswati Azni Jaafar, beliau telah berkongsi cara-cara yang telah dilakukan olehnya dan pasangan bagi memperoleh zuriat selepas 8 tahun berkahwin.

Mari kita lihat perkongsian yang telah dimuat naik menerusi laman blognya, modernmumthingy.com

10258018_10152181102622712_3236844327441668518_n

  1. Berjumpa pakar sakit puan

Menurut Puan Eswati, bagi pasangan yang sudah berkahwin lebih daripada 2 tahun dan ingin menimang cahaya mata, bolehlah berjumpa dengan pakar sakit puan bagi mendapatkan nasihat dan rawatan.

Tambahan pula bagi golongan wanita yang selalunya mempunyai masalah cyst, fibroid, endomiosis dan lain-lain.

Puan Eswati sendiri berpengalaman mempunyai masalah endometriosis dan retroverted uterus yang menyukarkan beliau untuk hamil. Menerusi pertemuan dengan pakar sakit puan inilah beliau mula mendapatkan rawatan bagi masalah yang dihidapinya.

Pesan beliau lagi, sekiranya berkemampuan, bolehlah mendapatkan pendapat kedua mahupun ketiga daripada doktor yang berlainan.

Stress-Relief-Massage-Therapy

  1. Urutan tradisional

Beliau telah berjumpa dengan beberapa tukang urut untuk membantu membetulkan sistem peraliran di dalam badan.

  1. HSG (Hysterosalpingogram test)

Ujian ini merupakan satu prosedur radiologi yang dilakukan bagi mengenal pasti keadaan uterus dan tiub falopian wanita yang mempunyai masalah untuk hamil. Menurut Puan Eswati, ujian itu agak menyakitkan tetapi ianya bergantung dari satu individu ke individu lain.

  1. IUI (Intrauterine insemination)

Pasangan ini telah cuba berikhtiar untuk hamil sebanyak 4 kali menerusi kaedah IUI.

Kaedah ini yang dianggarkan menelan kos RM 800 sekali pada ketika itu adalah proses di mana sperma lelaki dikeluarkan dan dibersihkan sebelum disuntik ke dalam rahim wanita. Ianya kemudian disuntik sedekat mungkin ke kawasan ovari yang mengeluarkan telur.

Sebelum menjalani kaedah ini, kaum wanita akan mengambil pil subur terlebih dahulu, manakala kaum lelaki diminta untuk mengambil vitamin E.

Puan Eswati dan suaminya berjaya hamil selepas kaedah IUI ini pada tahun 2005. Malangnya, beliau hamil di luar rahim.

  1. Perubatan tradisional

Pasangan ini juga turut menemui beberapa pakar perubatan tradisional. Dari situ, mereka telah mencuba pelbagai cara seperti minum air kunyit, air nenas yang dicampur gula batu, makan telur ayam kampung dan pil mengkudu.

Mereka juga telah berjumpa dengan tabib Cina bagi mendapatkan ubat herba.

  1. Kaedah psikologi

Puan Eswati turut mencadangkan untuk membaca buku birth hypnotherapy yang boleh memberi kesan psikologi kepada golongan suami isteri yang mencuba untuk hamil.

imanat-usj

Buku ini memberi teknik hypnotherapy untuk membayangkan proses kehamilan dari persenyawaan hingga terbentuknya janin.

Selain itu, beliau juga mengambil tanggungjawab untuk membantu menjaga anak saudaranya yang masih bayi. Kaedah ini menurutnya supaya mereka lebih memahami dan bersedia menerima tanggungjawab membesarkan anak.

Foot-massage-450x450

  1. Urutan refleksologi

Puan Eswati menjelaskan bagaimana beliau pergi ke pusat urutan refleksologi setiap kali mereka pulang ke Melaka. Menurut beliau, kali pertama mencuba kaedah ini, beliau pulang dan muntah.

Ini kerana tukang urut tersebut telah menekan kawasan tumit di mana ianya berkaitan dengan bahagian rahim wanita. Sehingga kini, beliau masih mengamalkannya.

Akupuntur-ok

  1. Akupunktur

Menurut beliau lagi, selain berurut, mereka turut pergi mencuba kaedah akupunktur di kawasan sekitar Kuala Lumpur.

  1. Berdoa dan kekal positif

Puan Eswati dan suaminya telah menunaikan umrah di mana mereka memperbanyakkan doa untuk mendapat anak. Beliau mendapati juga, apabila berada di tempat spiritual seperti itu, beliau merasa tenang dan kurang stres. Perkara ini baik untuk kesihatan badan dan mental.

Kesimpulannya, berikut merupakan cara-cara yang telah diambil oleh Puan Eswati dan pasangan dalam berusaha mendapatkan zuriat. Kaedah yang pelbagai ini telah ditempuh mereka berdua sepanjang 8 tahun.

zuriat

Perjalanannya penuh dengan pahit dan getir. Nasihat Puan Eswati kepada pasangan di luar sana yang mempunyai nasib yang sama adalah untuk jangan putus asa dan terus berdoa.

15392937_10154220179757712_8609018853567560407_o

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds