INSPIRASI, Kebenaran

Cabaran mengayuh basikal sejauh 3000 batu disahut pemuda-pemudi ini untuk membuka mata dunia melihat penindasan yang berlaku di China

Cabaran mengayuh basikal sejauh 3000 batu disahut pemuda-pemudi ini untuk membuka mata dunia melihat penindasan yang berlaku di China

Sebuah pepatah kuno ada mengatakan, “Kepahlawanan seseorang dibentuk dari usia muda.”

Pemuda-pemudi yang datang dari 15 buah negara dari seluruh dunia ini mengayuh basikal dari pantai barat Los Angeles hingga ke ibu kota Washington DC yang terletak di wilayah timur AS.

Mereka telah menempuh perjalanan sejauh 3000 batu, bermalam di dalam khemah yang mereka bawa sendiri, menyelusuri sejumlah bukit, padang pasir dan padang rumput yang luas, tepian danau besar dan kecil serta melewati 19 buah kota.

f4

Mereka yang membentuk pasukan pengayuh basikal bergelar ‘Ride to Freedom’ ini terdiri daripada 26 orang muda mudi yang berasal dari 15 negara, iaitu China, Amerika, Jerman, Perancis, Austria, India, Amerika Latin, Rusia, Argentina, Iran, Emiriah Arab Bersatu, Hungary, Singapura dan lain-lain lagi. Mereka berusia antara 11 hingga 21 tahun.

Pemuda-pemudi ini penuh bersemangat untuk menamatkan cabaran berbasikal sejauh 3000 batu tersebut yang dimulakan di Los Angeles pada 1 Jun 2015 dan tiba di ibukota AS, Washington DC, pada 16 Julai setelah  45 hari mengayuh basikal secara bergantian.

Wakil Kongres ke48 California, Dana Rohrabacher, dan Wakil Kongres ke2 Texas, Ted Poe, berbicara dengan para anggota ‘Ride to Freedom

f2

26 pemuda-pemudi tersebut dibahagikan kepada 3 kumpulan di mana masing-masing mengayuh selama 2 jam sebelum digantikan dengan kumpulan lainnya kemudian.

Mereka tidak berhenti meskipun hujan dan angin datang menghadang. Apakah yang membuatkan anak-anak muda ini tetap bersemangat mengatasi segala macam rintangan yang sulit dapat dibayangkan, sehingga tidak lekang menghadapi situasi yang belum pernah mereka tempuhi sebelum ini?

Hanya satu misi mereka, iaitu mendesak masyarakat dunia untuk memberikan perhatian kepada penindasan yang dilakukan PKC (Parti Komunis China) kepada pengamal Falun Gong di China dan anak-anak mereka yang menjadi yatim-piatu disebabkannya. Misi ini juga berharap untuk menyelamatkan lima orang anak yatim yang perlu segera dihantar ke Amerika.

Annie Chen sedang memperkenalkan pasukan ‘Ride to Freedom’ kepada anggota DPRD Illinois

f3

Annie Chen, seorang gadis berusia 19 tahun yang dipilih sebagai ketua pasukan, berasal dari Michigan. Dia mengatakan, “Kami semua bukanlah para pengayuh basikal profesional, tetapi kami percaya kebebasan mengamalkan sesuatu kepercayaan perlu dipertahankan, oleh sebab itu kami ingin berkempen agar penindasan yang masih terjadi di China saat ini dapat segera dihentikan.”

Meskipun di lengan Annie terdapat beberapa luka baru dan lama akibat terjatuh dari basikal atau tergores sesuatu, tetapi wajahnya tetap ceria.

“Sejak kecil saya sudah mendengar penganiayaan yang dilakukan terhadap pengamal Falun Gong di China, namun masih ramai dalam kalangan kita yang tidak mengerti dan memahami penganiayaan yang terjadi.

“Saya sangat gembira dapat menemui kesempatan baik ini, sebagai seorang pemudi yang menyertai pergerakan ini, saya ingin mengubah situasi tidak baik ini, agar kelak tidak ada satu pun kanak-kanak yang harus takut untuk mengamalkan kepercayaan mereka secara terbuka, tidak satu pun kanak-kanak yang akan diperlakukan seperti seorang banduan hanya gara-gara mereka menganut sebuah aliran kepercayaan. Saya berharap penindasan ini dapat segera dihentikan,” katanya.

Tambah Annie lagi, mereka menerima banyak sokongan daripada orang ramai yang berada di sepanjang perjalanan yang dilewati. Para penyokong kayuhan tersebut juga sangat prihatin terhadap masalah yang dihadapi pengamal Falun Gong di China.

Falun Gong (juga dikenali sebagai Falun Dafa) ialah sejenis senaman qigong yang berasal dari China pada tahun 1992. Para pelatih Falun Gong dapat meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental dengan berlandaskan prinsip ajaran Falun Gong, “Sejati-Baik-Sabar”.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI Kebenaran

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...