Astronomi, SAINS & TEKNOLOGI, VIDEO

Selain bumi, ada planet yang boleh didiami oleh manusia. Benarkah?

Selain bumi, ada planet yang boleh didiami oleh manusia. Benarkah?

PARIS – Pihak NASA telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengumumkan bahawa mereka telah menemui tujuh buah planet lain yang mirip dengan bumi di mana planet-planet tersebut ada kemungkinan terdapat hidupan di sana.

Menurut kajian dan pemerhatian mereka, ketujuh-tujuh planet tersebut memiliki saiz dan jisim menyerupai bumi manakalah tiga di antara tujuh planet tersebut menghasilkan air dan sesuai untuk didiami.

planet2

Selain itu, kedudukannya yang terlalu jauh dari bumi membolehkan ahli astronomi mengetahui sifat atmosfera setiap planet serta mencari bukti kimia di mana wujudnya sebarang aktiviti biologi dan hidupan lain di planet-planet tersebut.

Selain itu, menurut NASA lagi ahli astronomi menggunakan beberapa kaedah untuk mencari planet yang dikenali sebagai exoplanets yang mengorbit bintang lain. Salah satu kaedah adalah dengan menggunakan peralatan yang sangat sensitif yang dapat mengukur cahaya sebagai planet yang melintasi hadapan bintang, dikenali sebagai transit.

Seorang pengkaji dan juga saintis di Universiti Cambridge, Dr Amaury Triaud, berkata pihaknya sedang mengambil tindakan susulan dan merintis kaedah-kaedah penting yang mampu dan membolehkan penyelidik menjumpai hidupan lain di luar sana.

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Anda rasa memang benar wujud planet lain yang boleh didiami manusia sama seperti di bumi. Mungkin saintis benar, dan anda mungkin sahaja sedang berkira-kira untuk meninggalkan bumi dan tinggal di planet lain yang bebas daripada pencemaran, peperangan dan bencana alam sekitar.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...