Orang Inuit di selatan Canada telah mencipta rumah dari ais batu. Maka, pengeluar rumah modular dari Jepun, Japan Dome House Co. Ltd tampil dengan idea rumah kubah yang dicetak menggunakan styrofoam.

j2

Rumah ini disediakan bahagian demi bahagian dan direka untuk dipasang dengan mudah menggunakan beberapa tenaga kerja sahaja. Terdapat lebih dari 480 buah rumah ini di Aso Farm Land, Kyushu yang digunakan sebagai tempat tinggal, tempat peranginan dan kedai runcit.

j3

j4

j5

Apa yang lebih mengkagumkan ialah, pembinaan rumah ini bermula dengan kos serendah $30,000. Rumah ini juga ringan – sekitar 80 kg. Dindingnya setebal 7 inci cukup untuk menebat haba.

j6

j8

j9

j10

Rumah ini juga disalut dengan bahan kalis api. Bahannya yang diperbuat dari styrofoam menjadikan rumah tersebut tidak akan berkarat, rosak dan dimakan oleh anai-anai.

Bentuknya seperti kubah itu turut menjadi faktor yang mengurangkan kadar rintangan angin sekaligus menjadikan ianya kalis badai daripada angin yang kuat.

j11

Reka bentu dalaman dan luarannya juga boleh diubah suai. Syarikat ini turut menawarkan “kubah panjang” yakni kubah yang boleh disambungkan bersama menjadi besar dan panjang.

Rumah ini juga serba boleh di mana ia boleh ditukar menjadi rumah tamu, bilik mesyuarat, bilik hotel, sauna, bar, restoran, bilik sejuk beku dan juga bilik karaoke.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds