Telefon bimbit Nokia 3310 yang merupakan telefon bimbit yang pernah menjadi kegilaan ramai dijangka akan dicipta semula oleh HMB Global Oy hujung bulan ini dalam Persidangan Mudah Alih (MWC) di Barcelona, Sepanyol.

Gambaran dan spesifikasi sebenar model terbaru ini masih belum dikenal pasti tetapi Nokia 3310 akan muncul dengan versi yang moden dan terkini, menurut laporan VentureBeat.

Nokia 3310 merupakan telefon bimbit yang terkenal di Malaysia pada tahun 2000-an kerana baterinya mampu bertahan selama dua minggu. Permainan ular dalam telefon ini juga merupakan tarikan utamanya.

HMB Global Oy mempunyai hak untuk memasarkan telefon bimbit di bawah jenama Nokia dan menurut satu kenyataan mereka masih belum mengesahkan perkara ini.

Kemungkinan Nokia 3310 yang terbaru ini akan dilancarkan pada 27 Februari 2017 dan dijangka bernilai RM 271. Harga yang murah dan spesifikasi lebih moden sudah tentu akan mencipta semula fenomena Nokia 3310 seperti waktu dahulu.

Selain itu, HMD Global Oy akan mengeluarkan model-model Nokia yang terbaru seperti Nokia 5 dan Nokia 6 yang menggunakan pemprosesan Snapdragon 430 manakala Nokia 3 dengan pemprosesan Snapdragon 425.

Kemunculan model baharu ini merupakan salah satu strategi Nokia untuk meningkatkan jualannya terutama sekali pada hari Persidangan MWC yang diadakan pada 27 Februari 2017 hingga 2 Mac 2017.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: SAINS & TEKNOLOGI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds