Hidupan di laut sangat misteri dan penuh dengan keajaiban. Hidupan laut adalah berbeza daripada darat dan masih banyak tempat yang belum diterokai. Ikan merupakan sebahagian kecil hidupan di laut dan banyak lagi hidupan lain seperti ketam, sotong, penyu dan sebagainya. Khas buat pembaca Era Baru, mari berkenalan dengan beberapa hidupan laut yang terkenal di seluruh dunia.

1. Obor-obor

o1

Obor-obor ialah satu hidupan yang berbentuk seperti payung, badan separa keras seperti agar-agar dan boleh berenang secara bebas. Obor-obor sudah dijumpai sejak 650 tahun yang lepas iaitu sama seperti kewujudan dinasor dan ikan jerung. Haiwan ini mempunyai racun yang boleh mengakibatkan kematian jika terkenanya.

2. Belut elektrik

o2

Wajahnya saja sudah menggerunkan. Ikan ini mempunyai kuasa elektrik dan boleh digunakan untuk menghidupkan 10 mentol lampu. Tubuh badannya mempunyai cas-cas elektrik yang tersimpan seperti bateri-bateri kecil. Jika terjumpa haiwan ini, jangan kacau dia. Kelak anda berisiko terkena renjatan elektrik.

3. Sotong kurita

o3

Haiwan ini mempunyai tiga jantung. Darahnya pula berwarna biru.  Ia mempunyai dua biji mata dan empat pasang tangan. Sotong terdiri daripada 300 spesis yang berbeza.

4. Ikan paus

o4

Haiwan ini merupakan haiwan jenis mamalia. Paus tidak bertelur tetapi mengandungkan anaknya dalam perut seperti manusia. Ikan paus biru mempunyai suara paling kuat dalam planet Bumi berbanding haiwan yang lain. Paus merupakan antara haiwan yang diancam kepupusan.

5. Tiram

o5

Tiram, haiwan yang berharga. Jika anda pergi ke hotel atau restoran lima bintang, tiram antara makanan yang digemari ramai. Selain itu, tiram juga mempunyai cangkerang keras yang bertindak sebagai pelindung dirinya. Tiram juga mempunyai mutiara yang berharga dalam cengkerangnya.

6. Kuda laut

o6

Untuk pengetahuan anda, kuda laut merupakan satu-satunya hidupan laut yang si jantan akan menjaga telur dan anaknya apabila sudah menetas. Hidupan kecil ini mempunyai sedikit rupa seperti kuda di darat. Mereka berenang menggunakan ekor di bawah badannya.

7. Udang

o7

Udang juga mempunyai ciri-ciri yang menarik. Jantungnya berada di bahagian kepala. Habitat hidupan ini berada di bawah laut dan sentiasa bersembunyi daripada pemangsa di celah-celah batu. Walaupun saiznya kecil, udang antara hidupan laut yang menjadi rebutan ramai orang dalam pelbagai hidangan.

8. Span Laut

o8

Tahukah anda kartun animasi Spongebob Squarepants mendapat inspirasi daripada mana? Jawapannya ialah daripada span laut. Span laut ini mempunyai pelbagai rupa dan bentuk. Selain itu, spesis ini merupakan organisma yang sangat ringkas. Mereka hidup tetapi tidak mempunyai jantung, paru-paru, kepala, hati dan organ-organ yang lain.

9. Penyu

o9

Penyu bertelur dengan amat banyak, ia juga antara haiwan yang diancam kepupusan tetapi kini banyak tempat konservasi untuk memelihara penyu daripada terus pupus.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds