Kotak kadbod seolah-olah mempunyai kuasa misteri yang menyebabkan kucing tidak dapat menolak daya tarikannya. Sejurus terlihat sebuah kotak kosong, mereka mahu sahaja duduk di dalamnya.

Begitu juga keadaannya dengan kucing montel bernama Hosico ini. Tetapi ia menghadapi sedikit masalah memuatkan dirinya ke dalam kotak seperti di atas ini. Riak wajahnya yang comel membuatkan kita tercari-cari kotak yang lebih besar untuknya, bukan?

▼Kucing gempal bernama Hosico ini berusia 2 tahun.

1-106

▼Ciri terbaik dan tercomel ialah pada pipi bulatnya! Rasa seperti hendak mencubitnya sahaja!

2-103

▼Menurut tuannya, hidup Hosico penuh dengan keriangan. Selain makan dan tidur, aktiviti utama hariannya ialah bermain. Hobinya? Memasukkan badannya ke dalam pelbagai jenis bekas atau kotak.

3-92

▼Merenung jauh kesedihan.

4-77-768x729

▼Apa agaknya yang dilihat Hosico sehingga matanya terbeliak seperti ini?

5-64

▼Pemiliknya memuat naik foto harian Hosico di laman instagram milik kucing itu. Setakat ini, Hosico mempunyai lebih 48 juta peminat.

6-44

7-32-768x727

▼Mata bulatnya sangat comel!

8-29

▼Kotak kadbod ialah kegemarannya.

9-26-768x731

▼Sebab inilah kita membeli meja kaca, bukan? Agar foto seperti ini boleh diambil.

10-22-768x723

11-19-768x726

▼Kadang kala, anginnya tidak baik apabila dia tidak dapat masuk ke dalam kotak yang terlalu kecil untuknya. Video yang memaparkan kucing ini meradang menjadi tular di internet.

A post shared by Hosico Cat (@hosico_cat) on

▼Baiklah, ini kotak yang lebih besar untuk kamu.

12-16-768x726

Mereka yang memiliki kucing di rumah pasti mempunyai pengalaman yang serupa di mana kucing belaan sangat suka untuk masuk ke dalam kotak tidak kira sama ada saiz kotak itu sesuai baginya atau tidak.

Kepada mereka yang ingin melihat lebih banyak gambar-gambar Hosico, anda boleh melayari laman instagram milik kucing ini di sini :

https://www.instagram.com/hosico_cat/?hl=en

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds